KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KALANGAN PELAJAR DI UTHM: PERBANDINGAN DI ANTARA PELAJAR KEJURUTERAAN DAN BUKAN KEJURUTERAAN

Mat Johan, Fatin Nur Aimuni (2018) KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KALANGAN PELAJAR DI UTHM: PERBANDINGAN DI ANTARA PELAJAR KEJURUTERAAN DAN BUKAN KEJURUTERAAN. Bachelor Degree thesis, University Tun Hussein One Malaysia.

[img]
Preview
Text
THESIS_25_PAGES.pdf fatin aimuni.pdf

Download (290kB) | Preview

Abstract

Dalam era globalisasi, majikan tidak hanya menumpukan pada kemahiran teknikal tetapi juga dengan kemahiran insaniah. Bagi mencapai Wawasan 2020, adalah menjadi hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat malaysia yang saintifik dan progresif. Justeru untuk merialisasikan visi ini, kerajaan khususnya Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah memperkenalkan Kemahiran Insaniah (KI) kepada semua pelajar. Namun, isu berkenaan kurangnya kemahiran insaniah di kalangan graduan IPT menyebabkan para majikan tidak mahu mengambil risiko untuk mengambil graduan sebagai pekerja kerana majikan tidak hanya menilai berdasarkan kecemerlangan akedamik. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap kemahiran insaniah dari segi komunikasi, menyelesaikan masalah secara kritis, dan kerja berpasukan. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan digunakan dan sampel kajian yang terdiri daripada 537 orang pelajar pelajar kejuruteraan dan bukan kejuruteraan tahun tiga di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik bagi mendapatkan maklumat mengenai kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar kejuruteraan dan bukan kejuruteraan tahun tiga berdasarkan persampelan rawak berstrata. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens bagi mengukur tahap keyakinan kemahiran insaniah responden serta perbezaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar kejuruteraan dan bukan kejuruteraan tahun tiga. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati tahap kemahiran insaniah pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa pelajar di UTHM sangat yakin dalam mengenal pasti tahap kemahiran insaniah. Untuk melihat perbezaan mengenai kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar kejuruteraan dan bukan kejuruteraan tahun tiga, ujian-t tidak bersandar dan ANOVA digunakan dan hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan antara yang signifikan antara pelajar kejuruteraan dan pelajar bukan kejuruteraan. Kajian ini dapat membantu banyak pihak dalam menilai tahap kemahiran insaniah pelajar iaitu dapat memberi kepentingan kepada pihak universiti, pensyarah, para pelajar serta dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai kemahiran insaniah yang cemerlang.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 12 Jun 2018 00:47
Last Modified: 12 Jun 2018 00:47
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/1000

Actions (login required)

View Item View Item