PENERIMAAN PEMBELI DI PASAR RAYA TESCO PARIT RAJA TERHADAP KEMPEN HARI TIADA BEG PLASTIK

Mansor, Mohd Haziq (2018) PENERIMAAN PEMBELI DI PASAR RAYA TESCO PARIT RAJA TERHADAP KEMPEN HARI TIADA BEG PLASTIK. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Huseein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
Mohd Haziq Mansor AP140343.pdf

Download (189kB) | Preview

Abstract

Penggunaan beg plastik telah membawa manfaat dan kerugian dalam kehidupan seharian pembeli .Walau bagaimanapun, beg plastik juga menyebabkan kemudaratan kepada alam sekitar. Plastik merupakan salah satu bahan yang penting dalam kehidupan harian pada masa kini. Namun, plastik juga puca terjadinya pencemaran alam sekitar. Beg plastik merupakan bahan yang tidak mudah terurai, Ia juga penyebab pencemaran alam sekitar dan penyebab masalah kesihatan pada kehidupan. Namun kempen yang di adakan ini terdapat beberapa sumber melaporkan sambutan negatif oleh bukan sahaja pengguna tetapi juga ahli-ahli sains dan persekitaran. Ketika hari-hari awal kempen negeri, terdapat beberapa laporan akhbar dapat dilihat syak wasangka pengguna bahawa kempen tiada beg plastik adalah inisiatif kerajaan untuk membuat keuntungan tambahan. Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesedaran pembeli terhadap kempen tiada beg plastik dan mengenal pasti tahap penerimaan berdasarkan perbezaan demografi pembeli. Seterusnya untuk dapatan kajian, borang soal selidik telah pun diedarkan di pasar raya Tesco Parit Raja. Secara keseluruhannya, hasil kajian penyelidik telah mencapai objektif kajian yang dibina. Berdasarkan dapatan kajian yang di peroleh, demografi, tahap kesedaran pembeli terhadap kempen hari tiada beg plastik dan tahap penerimaan kempen hari tiada beg plastik berdasarkan perbezaan demografi pembeli dalam kalangan pembeli di Tesco Parit Raja adalah tinggi. Pembeli lelaki lebih banyak74.53% daripada wanita. Pembeli yang berpendidikan tinggi adalah tahap Ijazah 22.73% lebih tinggi daripada tahap pendidikan yang lain.. Analisis deskriptif yang terhasil adalah di tahap yang tinggi. Nilai skor purata bagi kebanyakan elemen berada di tahap yang tinggi. Dapatan kajian menunjukkan pembeli mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap kempen hari tiada beg plastik, begitu juga dengan penerimaan pembeli berdasarkan demografi di mana ia menunjukkan penerimaan yangtinggi.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Business Management
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 12 Aug 2018 03:43
Last Modified: 12 Aug 2018 03:43
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/1008

Actions (login required)

View Item View Item