KAJIAN PENANAMAN TUMBUHAN SEKITAR BANGUNAN DI KAWASAN BATU PAHAT, JOHOR.

Ismal, Nor Dini (2018) KAJIAN PENANAMAN TUMBUHAN SEKITAR BANGUNAN DI KAWASAN BATU PAHAT, JOHOR. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
AP140483(NOR DINI BT ISMAL).pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Penanaman tumbuhan sekitar bangunan adalah satu alternatif bagi mengurangkan suhu pada bangunan dan sekitar kawasan tersebut. Penanaman tumbuhan pada bangunan juga dapat mengawal suhu panas pada bangunan dan menjadi kawasan teduhan daripada silau panas matahari. Penanaman tumbuhan dapat memberi banyak manfaat kepada manusia dan suhu kawasan bangunan tersebut. Seterusnya, objektif yang telah dikaji dalam kajian ini adalah kepentingan penanaman tumbuhan sekitar bangunan, perbandingan persepsi pengguna bangunan terhadap penanaman tumbuhan sekitar bangunan serta langkahlangkah meningkatkan penanaman tumbuhan sekitar bangunan. Kajian ini melibatkan 86 pengunjung atau orang awam yang berada di sekitar bangunan Old Street untuk mencapai objektif kajian. Dalam proses pengumpulan data, responden yang terlibat terdiri daripada populasi pengunjung yang berada sekitar bangunan tersebut. Metodologi yang digunakan adalah kaedah kuantitatif iaitu menggunakan kaedah borang soal selidik, dan diedarkan sekitar kawasan Old Street. Bagi kaedah kualitatif pula adalah kaedah menemu bual untuk mendapatkan maklumat latar belakang bangunan Old Street. Hasil data yang diperolehi dianalisis dengan mengunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Hasil daripada kajian yang telah di analisiskan mendapati bahawa penanaman tumbuhan di sekitar bangunan dapat mengurangkan masalah pada manusia dan kawasan sekitar tersebut dan meningkatkan tahap kesedaran terhadap penggunaan tumbuhan di kawasan bangunan yang kosong tanpa penanaman tumbuhan hijau. Ini membuktikan bahawa penggunaan tumbuhan di sekitar bangunan lebih baik dan dapat mengurangkan masalah pandangan dan udara yang lebih nyaman.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 04 Mar 2018 13:34
Last Modified: 04 Mar 2018 13:34
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/103

Actions (login required)

View Item View Item