KAJIAN PENYELENGGARAAN SISTEM PENGGUNAAN TENAGA:KAJIAN KES DI MALAYSIAN GREEN TECHNOLOGY CORPORATION

Yahaya, Anis Farizan (2017) KAJIAN PENYELENGGARAAN SISTEM PENGGUNAAN TENAGA:KAJIAN KES DI MALAYSIAN GREEN TECHNOLOGY CORPORATION. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
ANIS FARIZAN YAHAYA AP140327.pdf

Download (676kB) | Preview

Abstract

Penyelenggaraan sistem penggunaan tenaga adalah aspek penting dalam mengekalkan penggunaan tenaga di tahap sifar dalam bangunan Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia). Indeks Tenaga Bangunan (BEI) di GreenTech Malaysia yang masih tidak mencapai sifar disebabkan reka bentuk sistem penyejukan bangunan yang tidak sesuai. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kaedah penyelenggaraan yang digunakan di bangunan GreenTech Malaysia. Selain itu, kajian ini ingin mengenalpasti langkah-langkah penambahbaikan kerja penyelenggaraan sistem penggunaan tenaga yang dijalankan di bangunan GreenTech Malaysia. Skop kajian ini bertumpu pada bangunan Malaysian Green Technology Corporation di Bandar Baru Bangi, Selangor. Sesi temu bual dijalankan dengan 3 orang responden terdiri daripada pihak pengurusan penyelenggaraan GreenTech Malaysia. Malaysian Green Technology Corporation dijalankan untuk mencapai objektif serta lawatan ke bangunan GreenTech Malaysia dilakukan. Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan kaedah Analisis Kandungan (Content Analysis). Hasil kajian dari data yang telah dikumpul dan dianalisis mendapati penyelenggaraan dijalankan adalah terancang dan tidak terancang dan kaedah pemerhatian iaitu pemeriksaan, penyeliaan digunakan dalam memastikan kadar penggunaan tenaga bangunan mencapai tahap yang ditentukan. Kadar penggunaan tenaga berlebihan adalah berpunca dari gangguan sistem penggunaan tenaga yang terdapat dalam bangunan GreenTech Malaysia. Oleh itu, semua pihak yang terlibat harus memberi kerjasama untuk lebih peka dan lebih bertanggungjawab terhadap pengurusan dan penyelenggaraan di bangunan GreenTech Malaysia untuk memastikan kadar penggunaan tenaga dapat mecapai zero-energy. Diharap kajian ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak terlibat agar amalan penyelenggaraan dan pembinaaan berkonsepkan bangunan hijau dapat ditingkatkan di Malaysia dan di peringkat global.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 10:14
Last Modified: 05 Mar 2018 10:14
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/107

Actions (login required)

View Item View Item