KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH

Senapi, Nurhafezawani (2017) KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

[img]
Preview
Text
AP 140321 (NURHAFEZAWANI BT SENAPI)-pdf.pdf

Download (284kB) | Preview

Abstract

Pembinaan landskap di taman rekreasi merupakan salah satu kemudahan fasiliti yang perlu disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada komuniti sesebuah bandar. Pembinaan landskap taman rekreasi di negara ini masih lagi tidak mencapai tahap kepuasan yang dikehendaki oleh pengguna dan pengunjung. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji pembinaan landskap, kajian kes di taman rekreasi Tasik Darulaman, Jitra. Dalam kajian yang dijalankan ini terdapat beberapa isu berkaitan penyataan masalah iaitu kos operasi dan penyelenggaraan kemudahan dan perkhidmatan taman rekreasi yang tinggi, tahap pengurusan dan penyelenggaraan landskap kurang memuaskan, serta faktor kekurangan pengunjung yang mengunjungi kawasan tasik turut menjadi masalah dan orang ramai hanya berkunjung pada hari minggu sahaja. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kepentingan pembinaan landskap kepada pengguna, dan mengkaji persepsi pengguna terhadap pembinaan landskap di taman rekreasi Tasik Darulaman. Metodologi kajian yang digunakan adalah kaedah kualitatif dan kuantitatif yang terdiri daripada kaedah data primer yang merangkumi kaedah pemerhatian, temubual, soal selidik, dan data sekunder yang terdiri daripada bahan bercetak dan media elektronik. Kaedah kuantitatif yang digunakan adalah kaedah perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Kajian ini melibatkan sebanyak 80 orang responden yang terdiri daripada pengguna/pengunjung yang berkunjung ke Tasik Darulaman serta temubual bersama pihak pengurusan Tasik Darulaman (BDB Land Sdn. Bhd). Hasil kajian mendapati bahawa responden bersetuju dengan pembinaan landskap di taman rekreasi kerana ia membawa kepentingan kepada pengguna/pengunjung, dan persepsi pengguna di taman rekreasi Tasik Darulaman dari segi pengurusan dan penyediaan elemen landskap. Kesimpulannya, landskap dapat menyediakan infrastruktur hijau dan mampan sebagai teras penghijauan bandar serta untuk membangunkan akses-akses taman termasuk dari segi penyelenggaraan dan pengekalan kawasan hijau.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 10:11
Last Modified: 05 Mar 2018 10:11
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/111

Actions (login required)

View Item View Item