PENILAIAN PRESTASI KUALITI ATRIBUT TERHADAP KEHADIRAN, KEPUASAN DAN KESETIAAN PENONTON DI LIGA SUPER MALAYSIA

Murad, Muhammad Nursyazwan (2017) PENILAIAN PRESTASI KUALITI ATRIBUT TERHADAP KEHADIRAN, KEPUASAN DAN KESETIAAN PENONTON DI LIGA SUPER MALAYSIA. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text (MUHAMMAD NURSYAZWAN BIN MURAD AP140100)
First 25 Pages.pdf.pdf

Download (506kB) | Preview

Abstract

Kualiti atribut merupakan faktor yang mempengaruhi kepuasan pengguna. Kehadiran penonton adalah penting dalam membangunkan kesetiaan peminat dan meningkatkan pendapatan pasukan itu melalui penjualan tiket. Namun demikian, peminat bola sepak masa kini lebih gemar menonton siaran bola sepak di televisyen berbanding hadir ke stadium dan kehadiran purata setiap perlawanan bola sepak yang dicatatkan adalah hanya kira-kira 2,000 hingga 6,000 penonton sahaja. Kualiti atribut dibahagikan kepada empat faktor utama iaitu kualiti perkhidmatan, pengurusan, keselamatan dan prestasi. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai prestasi kualiti atribut terhadap kehadiran, kepuasan dan kesetiaan penonton di Liga Super Malaysia. Kajian ini telah dijalankan di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos, Larkin Johor Bahru. Untuk mengetahui persepi penonton di Liga Super Malaysia, sebanyak 100 borang soal selidik telah diedarkan sebelum berlangsungnya sepak mula perlawanan. Kaedah kuantitatif digunakan dalam kajian ini dengan memasukkan data yang diperoleh ke dalam Statistical Package for the Social Science (SPSS) untuk mendapatkan keputusan. Hasil kajian mendapati bahawa faktor prestasi pasukan merupakan faktor kualiti atribut yang mempunyai tahap pengukuran purata tertinggi iaitu 4.63 tapi masih di tahap sederhana. Tambahan pula, Nilai pekali korelasi di antara kualiti atribut dan kehadiran penonton di tahap yang tinggi iaitu 0.789 dan signifikan kerana nilai P < 0.05. Dapatan kajian mendapati faktor kualiti atribut terutamanya faktor prestasi pasukan memainkan peranan dalam memastikan kehadiran, kepuasan dan kesetiaan penonton dalam keadaan yang terbaik. Selain itu, hanya faktor pendapatan mempunyai nilai yang signifikan terhadap kualiti atribut.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: PSM Coordinator BPB
Date Deposited: 07 Mar 2018 09:39
Last Modified: 07 Mar 2018 09:39
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/141

Actions (login required)

View Item View Item