TAHAP KESEDARAN DAN PENGETAHUAN PKS PEMBUATAN MAKANAN TERHADAP PENGGUNAAN E-DAGANG

Noryazid, Muntaha (2017) TAHAP KESEDARAN DAN PENGETAHUAN PKS PEMBUATAN MAKANAN TERHADAP PENGGUNAAN E-DAGANG. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text (MUNTAHA BIN NOR YAZID AP140434)
AP140434 MUNTAHA BIN NORYAZID.pdf

Download (248kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesedaran dan pengetahuan pengusaha kecil dan sederhana (PKS) terhadap penggunaan e-dagang. Skop kajian juga menumpukan kepada PKS yang ada di daerah batu pahat dalam sektor pembuatan makanan. Pembolehubah tidak bersandar merangkumi tahap kesedaran dan tahap pengetahuan. Manakala pembolehubah bersandar ialah pengunaan e-dagang dalam kalangan PKS pembuatan makanan. Seramai 68 responden yang terlibat, terdiri daripada pengurusan atasan PKS pembuatan makanan di Batu Pahat, Johor. Hanya borang soal selidik yang diterima lengkap, diambil kira untuk tujuan analisis. Analisis dilakukan menggunakan ujian deskriptif, min dan ujian korelasi . Ujian deskriptif adalah untuk mengetahui frekuensi dan peratusan profil responden. Min kajian dilakukan kepada tiga aspek yang wujud dalam soalan kajian iaitu tahap kesedaran, tahap pengetahuan dan penggunaan e-dagang. Ujian korelasi pula untuk mengetahui hubungan di antara dua pembolehubah tidak bersandar iaitu tahap kesedaran dan tahap pengetahuan. Hasil daripada kajian menunjukkan min keseluruhan tiga aspek tersebut berada pada tahap sederhana iaitu 2.86. Di samping itu, tahap kesedaran dan tahap pengetahuan mempunyai hubungan yang signifikan dengan penggunaan e-dagang. Hasil ujian korelasi juga menunjukkan tahap pengetahuan mempunyai hubungan lebih positif dengan penggunaan e-dagang berbanding tahap kesedaran . Hasil daripada dapatan kajian, beberapa perbincangan dan cadangan telah dikemukakan dalam kertas projek ini.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: PSM Coordinator BPB
Date Deposited: 07 Mar 2018 09:49
Last Modified: 07 Mar 2018 09:49
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/147

Actions (login required)

View Item View Item