FAKTOR-FAKTOR KEKANGAN KE ARAH PELAKSANAAN WAKAF DAN KESEDIAAN BERWAKAF DALAM KALANGAN USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) DI BATU PAHAT, JOHOR

SAIDAN @ SAMAN, SITI AISHAH BINTI SAIDAN @ SAMAN (2017) FAKTOR-FAKTOR KEKANGAN KE ARAH PELAKSANAAN WAKAF DAN KESEDIAAN BERWAKAF DALAM KALANGAN USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) DI BATU PAHAT, JOHOR. Other thesis, University Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text (SITI AISHAH BINTI SAIDAN @ SAMAN AP140252)
FIRST 25 PAGES.pdf

Download (403kB) | Preview

Abstract

Institusi wakaf mampu menjana pembangunan serta mematuhi keperluan sosio ekonomi umat Islam. Namun, pelaksanaan wakaf kurang dilaksanakan dalam kalangan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS). Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji faktor-faktor kekangan ke arah pelaksanaan wakaf dalam kalangan usahawan IKS di Batu Pahat, Johor dan untuk mengetahui kesediaan mereka untuk berwakaf. Kajian telah dijalankan di Batu Pahat, Johor. Usahawan IKS adalah menjadi responden dalam kajian ini. Kaedah kuantitatif telah digunakan untuk mengumpul data dengan menggunakan borang soal selidik dan data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) for windows version 22.0. Dapatan kajian mendapati faktor kekangan utama ke arah pelaksanaan wakaf ialah kurangnya tahap kefahaman dan pengetahuan wakaf dalam kalangan usahawan IKS. Dapatan kajian juga mendapati kesediaan usahawan IKS untuk melaksanakan wakaf adalah tinggi. Justeru, data yang diperolehi daripada kajian ini boleh digunakan untuk mencadangkan penyelesaian ke arah pelaksanaan wakaf kepada usahawan IKS. Kata kunci: Wakaf, Pelaksanaan, Kesediaan, Usahawan IKS

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: Mr. Te Chuan Lee
Date Deposited: 07 Mar 2018 09:42
Last Modified: 07 Mar 2018 09:42
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/149

Actions (login required)

View Item View Item