PENGURUSAN FASILITI PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) KG. BARU HICOM, SHAH ALAM

Abdullah, Aina Suhada (2017) PENGURUSAN FASILITI PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) KG. BARU HICOM, SHAH ALAM. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
AINA SUHADA ABDULLAH AP140001 (24 pages).pdf

Download (463kB) | Preview

Abstract

Projek Perumahan Rakyat (PPR) merupakan satu inisiatif oleh kerajaan untuk memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah memiliki rumah yang selesa dengan harga yang mengikut kemampuan. Namun perumahan PPR sering dikaitkan dengan isu pengurusan fasiliti yang kurang memuaskan menyebabkan penduduk tidak berpuas hati dengan keadaan perumahan tersebut. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji strategi pengurusan fasiliti yang digunakan dan mengenalpasti tahap kepuasan penghuni terhadap pengurusan fasiliti PPR Kg.Hicom Baru di Shah Alam. Kaedah temu bual semi struktur bersama wakil pihak pengurusan fasiliti PPR Kg. Baru Hicom di Shah Alam telah digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi mencapai objektif pertama. Kaedah borang kaji selidik juga telah digunakan dan diedarkan kepada beberapa orang responden yang terdiri daripada penduduk PPR Kg. Baru Hicom tersebut untuk mengetahui tahap kepuasan mereka terhadap pengurusan fasiliti yang disediakan. Responden dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak berstrata iaitu responden yang menetap selama setahun dan ke atas di PPR Kg. Baru Hicom. Hasil daripada kajian ini mendapati strategi pengurusan fasiliti yang dilakukan oleh pihak pengurusan PPR Kg. Baru Hicom kurang memuaskan kerana tahap kepuasan penduduk terhadap fasiliti yang disediakan di PPR Kg. Baru Hicom berada pada tahap yang kurang memuaskan. Oleh itu, berdasarkan kajian ini, pihak pengurusan PPR Kg. Baru Hicom dapat melakukan penambahbaikan terhadap cara pengurusan fasiliti yang dilakukan dan seterusnya dapat mempertingkatkan lagi tahap kepuasan penduduk terhadap fasiliti yang disediakan.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Projek Perumahan Rakyat, pengurusan fasiliti, tahap kepuasan.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Real Estate Management
Date Deposited: 28 Feb 2018 09:35
Last Modified: 28 Feb 2018 09:35
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/187

Actions (login required)

View Item View Item