KAJIAN TAHAP KEPUASAN PENYEDIAAN FASILITI DI HUTAN REKREASI KAJIAN KES: HUTAN LIPUR LATA BELATAN, BESUT, TERENGGANU

Abdul Halim, Aisyah (2017) KAJIAN TAHAP KEPUASAN PENYEDIAAN FASILITI DI HUTAN REKREASI KAJIAN KES: HUTAN LIPUR LATA BELATAN, BESUT, TERENGGANU. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
AISYAH ABDUL HALIM, AP140043 (24PAGES).pdf

Download (359kB) | Preview

Abstract

Kawasan rekreasi seperti hutan lipur kini menjadi tarikan utama orang ramai untuk melakukan aktiviti riadah dan istirahat. Penyediaan kemudahan fasiliti yang mencukupi merupakan isu penting yang perlu diambil perhatian oleh pihak pengurusan di hutan lipur. Namun, terdapat beberapa hutan lipur yang memiliki kemudahan fasiliti yang kurang lengkap, rosak dan tidak dapat berfungsi dengan baik kerana tidak diselenggara dengan baik. Kesan daripada isu tersebut maka timbul rasa ketidakpuasan hati pengunjung yang menggunakan fasiliti tersebut. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengenalpasti apakah fasiliti yang disediakan di Hutan Lipur Lata Belatan dan tahap kepuasaan pengunjung terhadap fasiliti tersebut. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kemudahan fasilti yang terdapat di Hutan Lipur Lata Belatan serta mengkaji tahap kepuasan pengunjung terhadap fasiliti yang telah disediakan di Hutan Lipur Lata Belatan. Skop kajian adalah responden terdiri daripada pihak pengurusan dan pengunjung Hutan Lipur Lata Belatan. Hutan Lipur Lata Belatan ini terletak di Besut, Terengganu. Kaedah yang digunakan bagi mencapai objektif kajian adalah melalui pemerhatian dan temu duga manakala kaedah kuantitatif iaitu melalui borang soal selidik yang akan diagihkan kepada pengunjung Hutan Lipur Lata Belatan. Oleh itu, melalui kajian ini, pihak pengurusan hutan lipur dapat membuat penambahbaikan terhadap fasiliti-fasiliti yang terdapat di dalam kawasan hutan lipur

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Uncontrolled Keywords: hutan lipur, penyediaan fasiliti, tahap kepuasan
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: PSM Coordinator BPD
Date Deposited: 28 Feb 2018 09:37
Last Modified: 28 Feb 2018 09:37
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/190

Actions (login required)

View Item View Item