KAJIAN PENDAFTARAN SIJIL BANGUNAN HIJAU OLEH PROFESIONAL PEMBINAAN

SHAMSUDIN, NOR'ASHIKIN (2017) KAJIAN PENDAFTARAN SIJIL BANGUNAN HIJAU OLEH PROFESIONAL PEMBINAAN. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
AP140111-NORASHIKIN-SHAMSUDIN.pdf

Download (631kB) | Preview

Abstract

Terdapat pelbagai jenis pensijilan bangunan hijau seperti Kepimpinan dalam Tenaga dan Reka Bentuk Alam Sekitar (LEED), Kaedah Penilaian Penyelidikan Bangunan Alam Sekitar (BREEAM), Indeks Bangunan Hijau (GBI) dan Green Star. Namun begitu, ianya menjadi cabaran kepada pihak profesional pembinaan untuk membina bangunan hijau di Malaysia. Perkara ini disokong oleh statistik yang menunjukkan tiada peningkatan kadar peratusan pendaftaran sijil bangunan hijau di Melaka pada tahun 2014 sehingga tahun 2017. Oleh itu, objektif kajian ini adalah mengenalpasti tahap kesedaran pihak profesional terhadap pendaftaran sijil bangunan hijau, mengenalpasti faktor tiada peningkatan pendaftaran sijil bangunan hijau di Melaka dan mengenalpasti kesan pendaftaran sijil bangunan hijau terhadap pihak profesional. Dalam proses pengumpulan data, responden yang terlibat terdiri daripada populasi pihak professional yang terlibat dalam pembinaan di Melaka. Metodologi yang digunakan untuk mengkaji kajian ini adalah menggunakan kaedah kuantitatif iaitu borang soal selidik. Hasil kajian bagi objektif pertama adalah kesedaran pihak profesional dalam sektor pembinaan terhadap pendaftaran sijil bangunan hijau berada pada tahap sederhana. Bagi objektif kedua, hasil dapatan kajian menunjukkan faktor utama tiada peningkatan persijilan bangunan hijau di Melaka adalah faktor kewangan. Bagi objektif ketiga, hasil dapatan kajian menunjukkan kesan utama pendaftaran sijil bangunan hijau terhadap pihak profesional adalah ia dapat meningkatkan sumber ekonomi di syarikat pembinaan. Oleh itu, amatlah diharapkan agar kajian ini dapat memberi panduan kepada profesional pembinaan dalam mengendalikan isu-isu yang berkaitan dengan pendaftaran sijil bangunan hijau di Malaysia

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 11:27
Last Modified: 05 Mar 2018 11:27
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/194

Actions (login required)

View Item View Item