KESAN PEMBINAAN BANDAR BARU TUNJONG, KOTA BHARU KELANTAN TERHADAP KAWASAN PETEMPATAN PENDUDUK (KESAN BANJIR KILAT)

ANUAR, NUR BALQIS (2018) KESAN PEMBINAAN BANDAR BARU TUNJONG, KOTA BHARU KELANTAN TERHADAP KAWASAN PETEMPATAN PENDUDUK (KESAN BANJIR KILAT). Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
NUR BALQIS BINTI ANUAR (AP140336).pdf

Download (303kB) | Preview

Abstract

Di Malaysia, banjir kilat kerap berlaku disebabkan kombinasi semula jadi dan tindakan manusia. Masalah banjir kilat di kawasan kajian telah menyebabkan aktiviti seharian penduduk terganggu, kerosakan harta benda, kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Objektif bagi kajian ini ialah untuk mengkaji kesan banjir kilat akibat pembinaan bandar baru terhadap kawasan petempatan penduduk, mengenal pasti punca-punca berlakunya banjir kilat dan mengenal pasti strategi persediaan pihak berkuasa untuk menghadapi banjir kilat terhadap penduduk setempat. Dalam kajian ini kaedah temu bual telah digunakan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai tiga orang yang terdiri daripada Jurutera Perbadanan Bandar Baru Tunjong, Penolong Jurutera Majlis Daerah Ketereh dan Penolong Pengarah Kejuruteraan Majlis Pembandaran Kota Bharu Kelantan. Hasil kajian ini telah dapat mengenal pasti kesan-kesan banjir kilat terhadap kawasan petempatan penduduk seperti kemusnahan harta benda, kerosakan infrastruktur, kerosakan barang jualan penduduk, kerosakan hasil pertanian, menjejaskan sistem pengangkutan jalan raya serta memberi kesan dari segi ekonomi dan sosial. Selain itu, hasil kajian ini juga telah dapat mengenal pasti punca-punca berlakunya banjir kilat di kawasan kajian seperti projek pembinaan bandar baru, pembinaan lebuh raya, masalah sistem perparitan, aktiviti penambakan tanah dan faktor bentuk muka bumi. Oleh itu, kajian ini telah dapat mengkaji dengan lebih mendalam mengenai permasalahan banjir kilat yang semakin serius dan strategik yang efektif untuk mengawalnya seperti penyelenggaraan sistem perparitan dan longkang, penyediaan petugas banjir, melakukan mesyuarat atau perbincangan dan melaksanakan pembinaan mengikut garis panduan yang betul.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 16:25
Last Modified: 05 Mar 2018 16:25
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/199

Actions (login required)

View Item View Item