PEMILIKAN RUMAH OLEH GOLONGAN BELIA KAJIAN KES: PONTIAN

Rahmat, Norhafizah (2017) PEMILIKAN RUMAH OLEH GOLONGAN BELIA KAJIAN KES: PONTIAN. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
NORHAFIZAH BINTI RAHMAT- AP140355(24 MUKA SURAT) .pdf

Download (452kB) | Preview

Abstract

Sektor perumahan dikategorikan sebagai sektor utama dalam sesebuah negara yang bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti hidup penduduk dan sebagainya. Permasalahan yang wujud dalam kajian ini adalah kestabilan ekonomi yang membimbangkan sekarang ini, dengan kos perbelanjaan dan kos sara hidup lebih tinggi, peningkatan harga rumah yang melampau menyebabkan kesukaran kepada golongan belia untuk memiliki rumah. Persoalan yang wujud apakah golongan belia dapat memiliki rumah berdasarkan pendapatan yang diterima dan apakah faktor yang mempengaruhi keputusan untuk memiliki rumah oleh golongan belia berpendapatan sederhana. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti harga harta tanah kediamaan yang mampu dimiliki oleh golongan belia mengikut peringkat pendapatan di Pontian dan mengkaji faktor yang mempengaruhi golongan belia dalam membuat keputusan bagi membeli rumah di Pontian. Sampel kajian melibatkan golongan belia di kawasan Pontian yang berusia sekitar umur 20 hingga 40 tahun yang telah memiliki rumah di Pontian. Data akan di perolehi menggunakan soal selidik dan laporan sahih seperti laporan rasmi dan sumber berkaitan. Data telah di analisis dengan menggunakan SPSS. Hasil kajian objektif pertama mendapati bahawa harga harta tanah kediaman di kawasan kajian tersebut pada harga RM180,000 hingga RM200,000 yang mampu dimiliki oleh golongan belia mengikut peringkat pendapatan. Hasil kajian objektif kedua pula mendapati bahawa faktor utama yang mempengaruhi golongan belia membuat keputusan bagi membeli rumah adalah faktor dari aspek kemampuan.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Uncontrolled Keywords: golongan belia, pemilikan, harga rumah, Pontian
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: PSM Coordinator BPD
Date Deposited: 28 Feb 2018 09:54
Last Modified: 28 Feb 2018 09:54
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/200

Actions (login required)

View Item View Item