PENGURUSAN FASILITI HOTEL TIGA BINTANG. KAJIAN KES: HOTEL SERI MALAYSIA MELAKA.

Anasuelim, Nurul Nazihah (2017) PENGURUSAN FASILITI HOTEL TIGA BINTANG. KAJIAN KES: HOTEL SERI MALAYSIA MELAKA. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
NURUL NAZIHAH BINTI ANASUELIM_AP140441_25PAGES.pdf

Download (158kB) | Preview

Abstract

Pengurusan fasiliti merupakan satu bidang yang memainkan peranan penting dalam pengurusan sesebuah organisasi. Penyediaan perkhidmatan fasiliti yang baik mampu memberi kesan kepada tahap kepuasan seseorang, walaubagaimanapun perbezaan pengurusan mengikut jenis fasiliti yang disediakan akan menyebabkan berlakunya perbezaan dalam penerimaan tahap kepuasan seseorang. Perkembangan yang pesat dalam industri berkaitan pelancongan akan memberikan kesan positif kepada sosial ekonomi penduduk di sesuatu kawasan. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti perkhidmatan fasiliti yang disediakan oleh Hotel Seri Malaysia Melaka dan mengkaji tahap kepuasan pengunjung terhadap perkhidmatan di Hotel Seri Malaysia Melaka. Bagi tahap kepuasan, isu mengenai penjagaan kualiti perkhidmatan dan ulasan pengunjung terhadap kepuasan perkhidmatan yang diulas di laman sesawang perhotelan yang bertentangan dengan taraf bintang diberi adalah isu yang diketengahkan untuk mendapatkan hasil kajian. Temu bual bersama pengurus hotel merupakan kaedah pengumpulan data yang pertama diikuti kajian soal selidik yang melibatkan responden yang terdiri daripada pengunjung Hotel Seri Malaysia Melaka. Jenis-jenis fasiliti utama yang disediakan oleh hotel telah dikenalpasti melalui kaedah temu bual, seterusnya borang soal selidik dibuat berdasarkan hasil data temu bual yang telah diterima. Hasil daripada pengagihan borang soal selidik menunjukkan bahawa secara amnya tahap kepuasan pengunjung terhadap fasiliti yang disediakan di Hotel Seri Malaysia Melaka berada dalam keadaan yang memuaskan. Seterusnya, cadangan kajian lanjutan disertakan di akhir kajian bagi memperlengkapkan lagi kajian berkaitan pengurusan fasiliti hotel.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Fasiliti hotel, pengurusan fasiliti, laman sesawang
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Real Estate Management
Date Deposited: 28 Feb 2018 09:37
Last Modified: 28 Feb 2018 09:37
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/201

Actions (login required)

View Item View Item