KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN

A.Wahab, Maznah (2017) KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
MAZNAH BINTI A.WAHAB (AP140514).pdf

Download (634kB) | Preview

Abstract

Peringkat pemilihan projek merupakan proses permulaan bagi tahap perancangan projek. Terdapat pelbagai masalah seperti penggunaan kaedah analisis yang tidak tepat, pertindihan pendapat serta percanggahan pendapat dalam melakukan analisis kewangan untuk membuat keputusan bagi pemilihan projek perumahan ini. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti kaedah keputusan analisis yang sering digunakan oleh pemaju, mengenalpasti permasalahan penggunaan kaedah analisis tersebut serta mengkaji cara mengatasi masalah yang dihadapi oleh pemaju semasa melakukan analisis kewangan untuk membuat keputusan bagi pemilihan projek perumahan tersebut. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kuantitatif dengan mendapatkan data daripada responden berdasarkan borang soal selidik. Kajian ini dilakukan terhadap pihak pemaju di sekitar Pulau Pinang iaitu seramai 80 pihak pemaju. Kaedah analisis yang digunakan oleh kajian ini adalah kaedah analisis Diskriptif melalui perisian SPSS. Hasil dapatan bagi objektif pertama mendapati kaedah Nisbah Faedah /Kos (BCR) merupakan kaedah analisis kewangan yang sering digunakan. Objektif kedua pula mendapati penggunaan data merupakan masalah yang sering dihadapi oleh responden seperti maklumat projek lepas tidak memberikan ketepatan semasa analisis dilakukan. Bagi objektif ketiga pula, mendapati penggunaan data seperti penggunaan maklumat yang relevan daripada projek terdahulu merupakan cara mengatasi yang sering digunakan oleh responden untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Kajian ini penting untuk pemaju bagi mengetahui kaedah analisis yang sesuai untuk digunakan serta mengetahui permasalah dan cara mengatasi masalah tersebut serta penting bagi pelbagai pihak untuk dijadikan bahan rujukan terutamanya para pelajar yang mengambil kos berkenaan kajian ini.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 06 Mar 2018 12:24
Last Modified: 06 Mar 2018 12:24
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/203

Actions (login required)

View Item View Item