KAJIAN MELIBATKAN KEMALANGAN JENTERA BERAT DI TAPAK PEMBINAAN

saad, jannatun (2017) KAJIAN MELIBATKAN KEMALANGAN JENTERA BERAT DI TAPAK PEMBINAAN. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
SITI NOR JANNATUN BINTI ABD SAAD @ RANI ( AP140460).pdf

Download (733kB) | Preview

Abstract

Kemalangan jentera berat sering berlaku kebelakangan ini. Keadaan ini menjadi isu yang sering dibicarakan dalam industri pembinaan. Kemalangan jentera berat boleh mendatangkan kesan negatif dan kesan positif. Walaupun pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini, namun kemalangan jentera berat ini masih berlaku dan memberi impak yang serius kepada pihak yang terlibat. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui kesan kemalangan jentera berat, punca berlaku kemalangan serta langkah yang diperlukan bagi mengatasi masalah kemalangan tersebut. Temubual serta borang soal selidik merupakan metodologi yang digunakan bagi kajian ini. Responden yang ditemubual terdiri daripada tiga orang yang merupakan kontraktor dan juga pengendali jentera berat manakala responden bagi kaedah temubual terdiri daripada pekerja-pekerja di tapak pembinaan. Kajian yang dilakukan ini juga hanya tertumpu di kawasan Seremban, Negeri Sembilan berikutan negeri tersebut merupakan negeri yang mencatatkan kemalangan kedua tertinggi selepas Selangor. Oleh itu, tumpuan sepenuhnya diperlukan bagi menjalankan kajian ini. Kajian ini menggariskan tiga objektif iaitu kesan, punca dan juga langkah bagi mengatasi kemalangan jentera berat. Hasil kajian ini mendapati beberapa kesan kemalangan jentera berat iaitu operasi terganggu, kelewatan projek dan juga trauma. Antara punca berlakunya kemalangan yang melibatkan jentera berat ialah jenis tanah sabotaj dan disiplin. Langkah bagi mengatasi kemalangan jentera berat ialah kursus untuk pekerja, sediakan alatan keselamatan dan juga pemeriksaan berkala. Kajian ini memberi kelebihan kepada industri pembinaan dalam menguruskan jentera berat yang digunakan di tapak pembinaan.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 11:30
Last Modified: 05 Mar 2018 11:30
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/205

Actions (login required)

View Item View Item