KAJIAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN PEKERJA DALAM PEMASANGAN KOMPONEN-KOMPONEN IBS BAGI PROJEK PEMBINAAN

ABDUL RAHIM, SHARAHILA (2017) KAJIAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN PEKERJA DALAM PEMASANGAN KOMPONEN-KOMPONEN IBS BAGI PROJEK PEMBINAAN. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
SHARAHILA BINTI ABDUL RAHIM (AP140533) 25 PAGE.pdf

Download (194kB) | Preview

Abstract

Sistem Industri Pembinaan (IBS) merupakan pembinaan pasang siap yang berbeza dengan pembinaan tradisional yang lebih memerlukan tenaga kerja yang ramai. Namun begitu dalam pemasangan komponen IBS ini, tidak menggunakan pekerja yang ramai bagi mengendalikan komponen IBS tetapi memerlukan tenaga kerja mahir dalam pemasangan komponen tersebut. Objektif kajian ini menfokuskan kepada faktor utama dan langkah-langkah meningkatkan kemahiran pekerja dalam pemasangan komponen IBS bagi projek pembinaan. Kaedah metodologi yang digunakan melalui beberapa kaedah yang telah diterangkan dalam kajian ini. Lokasi kajian dijalankan iaitu di Johor Bahru dan responden adalah daripada syarikat kontraktor kelas 7 (G7) dan kelas 6 (G6). Kaedah metodologi yang digunakan oleh penyelidik untuk mengumpulkan data ialah pengggunaan statistik deskriptif yang memberi ringkasan kepada keseluruhan data agar ia mudah difahami dalam kajian ini. Hasil kajian ini, dapat memberikan manfaat kepada pihak industri pembinaan dan untuk dijadikan sebagai bahan rujukan akan datang. Dengan melalui hasil dapatan kajian telah memenuhi kehendak objektif kajian. Setiap persoalan kajian telah dijawab. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kecenderugan antara kedua-dua objektif iaitu faktor utama meningkatkan kemahiran pekerja dan langkah-langkah meningkatkan kemahiran pekerja adalah tinggi dan mencapai objektif kajian. Kesimpulannya, penyelidik mengharapkan kajian ini dapat memberi manfaat kepada industri pembinaan bagi meningkatkan kualiti kerja dan hasil kerja yang berkualiti tinggi serta boleh dijadikan panduan pembelajaran dan penyelidikkan.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 06 Mar 2018 11:18
Last Modified: 06 Mar 2018 11:18
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/218

Actions (login required)

View Item View Item