PEMINDAHAN TEKNOLOGI: KEPAKARAN TENAGA MAHIR DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PROJEK PEMBINAAN INFRASTRUKTUR

ROSLAN @ ISKANDAR, FARAH IFFAH FAQIHAH (2017) PEMINDAHAN TEKNOLOGI: KEPAKARAN TENAGA MAHIR DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PROJEK PEMBINAAN INFRASTRUKTUR. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
FARAH IFFAH FAQIHAH BINTI ROSLAN @ ISKANDAR.pdf

Download (381kB) | Preview

Abstract

Di dalam industri pembinaan, pemindahan teknologi (TT) melalui projek-projek pembinaan infrastruktur ini menarik banyak organisasi pembinaan di negara-negara membangun dan juga Malaysia. Pelbagai usaha dan inisiatif kerajaan bagi meningkatkan pemindahan teknologi terhadap tenaga mahir. Namun, jika ianya tidak diambil berat oleh industri pembinaan menyebabkan tenaga mahir tidak mampu mengaplikasi pemindahan teknologi yang berlaku. Ini kerana, pemindahan teknologi tidak dapat diserap kepada tenaga mahir dalam projek pembinaan infrastruktur berikutan masalah ketandusan pengetahuan serta kekurangan kemahiran dalam penggunaan teknologi tersebut dan masalah terhadap pemindahan teknologi tidak dapat diselesaikan. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji jenis teknologi yang akan dipindahkan kepada tenaga mahir dan mengkaji kesan pemindahan teknologi mempengaruhi prestasi tenaga mahir dalam projek pembinaan infrastruktur serta kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti langkah dalam meningkatkan keberkesanan pemindahan teknologi terhadap tenaga mahir. Bagi mencapai objektif kajian, kaedah kualitatif iaitu temubual telah digunakan dan dianalisis menggunakan analisis kandungan. Pihak yang ditemubual ialah Arkitek Projek, Pengurus Kanan, Jurutera Awam Kanan dan Jurutera Awam seramai empat orang responden. Jenis teknologi yang dipindahkan terhadap tenaga mahir adalah melibatkan pengetahuan, kemahiran, perisian, peralatan dan teknologi baru. Kesan daripada pemindahan teknologi mempengaruhi prestasi tenaga mahir dalam projek pembinaan infrastruktur iaitu tahap kemahiran serta pengetahuan tenaga mahir semakin berkembang dan meningkat dalam penggunaan teknologi ini. Langkah dalam meningkatkan keberkesanan pemindahan teknologi terhadap tenaga mahir ialah usahasama antara pihak awam dengan pihak swasta perlu dipergiatkan lagi. Hasil daripada kajian yang dijalankan dapat digunakan sebagai rujukan pada masa hadapan dan ianya menjadi kepentingan khususnya kepada industri pembinaan bagi menjalankan pemindahan teknologi melibatkan kepakaran tenaga mahir dalam projek pembinaan infrastruktur.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 10:28
Last Modified: 05 Mar 2018 10:28
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/219

Actions (login required)

View Item View Item