KAJIAN KESELAMATAN PENGGUNAAN PERANCAH KERANGKA BAGI PROJEK PEMBINAAN DI TAPAK BINA

Muhajir, Ellynorfazila (2018) KAJIAN KESELAMATAN PENGGUNAAN PERANCAH KERANGKA BAGI PROJEK PEMBINAAN DI TAPAK BINA. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
ELLYNORFAZILA BINTI MUHAJIR (AP140402).pdf

Download (239kB) | Preview

Abstract

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, isu kemalangan disebabkan penggunaan perancah terutamanya perancah kerangka bagi projek pembinaan di tapak bina semakin meningkat. Cara penggunaan perancah kerangka yang tidak berkesan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di mana ia akan memberikan impak negatif yang sangat tinggi bukan sahaja kepada individu malah kepada projek pembinaan itu sendiri. Kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji masalah yang wujud disebabkan penggunaan perancah kerangka dan juga langkah penambahbaikan terhadap penggunaan perancah kerangka bagi projek pembinaan di tapak bina. Skop kajian ini dijalankan di kalangan kontraktor Gred 7 dalam kawasan Johor Bahru dan melibatkan responden yang terdiri daripada pegawai keselamatan, jurutera tapak, pengurus projek dan juga pengurus tapak bagi projek pembinaan. Kaedah kuantitatif dengan menggunakan soalan melalui borang soal selidik dijalankan bagi mendapatkan maklumat dan data bagi kajian ini. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science Version 22, SPSS bagi mendapatkan kekerapan, peratusan, kebolehpercayaan dan min bagi setiap masalah yang wujud berdasarkan setiap kategori. Hasil daripada analisis data yang dilakukan, didapati bahawa masalah dari segi teknikal merupakan masalah utama kepada penyumbang peratusan kemalangan bagi penggunaan perancah kerangka di tapak bina. Hubungan antara teknikal perancah kerangka yang meliputi struktur perancah termasuk komponenya dengan pekerja, iaitu manusia yang mengendalikan perancah adalah sangat tinggi. Hal ini kerana kedua-dua masalah tersebut adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Seterusnya, langkah penambahbaikan penggunaan perancah telah dicadangkan bagi meningkatkan keselamatan penggunaan perancah. Secara kesimpulannya, walaupun terdapat beberapa kekangan dan limitasi kajian semasa menjalankan kajian ini, namun matlamat dan objektif kajian 1 dan 2 telah dapat dicapai dengan jayanya.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 05 Mar 2018 16:42
Last Modified: 05 Mar 2018 16:42
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/222

Actions (login required)

View Item View Item