TAHAP KESEDARAN WARIS TERHADAP PEMILIKAN TANAH RANCANGAN FELDA

ASLAN, NORIATI (2017) TAHAP KESEDARAN WARIS TERHADAP PEMILIKAN TANAH RANCANGAN FELDA. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
NORIATI BINTI ASLAN (AP140274) 25 PAGES.pdf

Download (603kB) | Preview

Abstract

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah diasaskan pada 1 julai 1956 iaitu di bawah Akta Pembangunan Tanah 1956 untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman pokok sawit dan getah. Kajian ini dilaksanakan untuk mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan iaitu untuk mengkaji tahap kesedaran waris terhadap pemilikan tanah rancangan FELDA dan mengenalpasti permasalahan yang timbul ketika proses pemilikan berlaku. Harta pusaka adalah harta benda orang yang dimiliki oleh seseorang individu yang telah meninggal dunia dan ianya boleh diwariskan kepada waris-waris atau keturunan si mati tersebut. Terdapat tiga cara pembahagian harta pusaka yang boleh dilakukan iaitu cara muafakat, memberikan kuasa tadbir dan perintah lupus atau jual. Bagi mencapai objektif pertama dan kedua, teknik pengumpulan data yang digunakan adalah penyebaran borang soal selidik. Kajian ini dijalankan di kawasan FELDA Tersang dan sejumlah 335 set borang soal selidik telah diedarkan namun hanya 219 saja yang dipulangkan kembali. Hasil kajian telah mengenalpasti tahap kesedaran yang sederhana waris-waris peneroka di FELDA Tersang terhadap pemilikan tanah rancangan FELDA dengan min keseluruhan sebanyak 3.384. Selain itu, jenis permasalahan yang dihadapi oleh waris-waris peneroka dalam proses pemilikan tanah FELDA di kawasan FELDA Tersang juga telah dikenalpasti. Waris-waris peneroka merasakan permasalahan yang dihadapi dapat diselesaikan dengan campur tangan pihak FELDA dengan skor min tertinggi dengan 4.242 dan yang kedua tertinggi adalah masalah yang timbul ketika menentukan penama sangat sukar diatasi dengan skor min 3.639. Kajian ini dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran dan mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh waris-waris peneroka FELDA terhadap pemilikan tanah di kawasan FELDA.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: TAHAP KESEDARAN, FELDA, WARIS PENEROKA
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Mrs. Khadijah Md. Ariffin
Date Deposited: 14 Feb 2018 13:51
Last Modified: 14 Feb 2018 13:51
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/226

Actions (login required)

View Item View Item