MENGENAL PASTI ELEMEN KOS OPERASI DAN PENYELENGGARAAN SERTA STRATEGI-STRATEGI DALAM MENGURANGKAN KOS OPERASI DAN PENYELENGARAAN BANGUNAN KEDIAMAN BERTINGKAT

MOHD ROSLI, NUR ILY NADIAH (2017) MENGENAL PASTI ELEMEN KOS OPERASI DAN PENYELENGGARAAN SERTA STRATEGI-STRATEGI DALAM MENGURANGKAN KOS OPERASI DAN PENYELENGARAAN BANGUNAN KEDIAMAN BERTINGKAT. Other thesis, UTHM.

[img]
Preview
Text
NUR ILY NADIAH BINTI MOHD ROSLI AP140129 24 PAGES.pdf

Download (885kB) | Preview

Abstract

Kos penyelenggaraan yang tinggi menjadi satu cabaran dan beban kepada pengurus harta bagi mengekalkan keadaan bangunan supaya sentiasa selamat dan selesa didiami dan sekaligus mengekalkan nilai bangunan tersebut. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kos yang terlibat dalam operasi dan penyelenggaraan serta mengenal pasti strategi-strategi yang digunapakai bagi mengurangkan kos operasi dan penyelenggaraan bangunan kediaman bertingkat. Kajian ini menggunapakai pendekatan kaedah temu bual semistruktur dengan pengurus harta yang bertujuan untuk memudahkan dalam menemukan objektif kajian. Kos-kos yang telah dikenal pasti adalah kos tenaga elektrik, bekalan air, landskap dalaman dan luaran, pembersihan, keselamatan, penyelenggaraan, kos mengikut fasiliti yang disediakan dan kos operasi pengurusan harta. Strategi pengurangan kos adalah dengan menukar lampu LED, menggunakan sensor dan ‘timer’, memilih panel SAJ, pengurangan pekerja dan skop kerja, menanam pokok yang senang dijaga, menukarkan landskap berbunga kepada landskap batuan, membuat perancangan yang betul dari peringkat awal, melakukan penyelenggaraan berjadual dan tidak berjadual, memilih sebut harga yang paling rendah antara kontraktor, membaiki item atau menukar item mengikut keadaan, membuang perkara yang remeh serta memberi kesedaran kepada penghuni. Diharapkan hasil kajian ini dapat digunakan untuk meningkatkan dan memperbaiki kekurangan yang sedia ada dalam pengurusan hartanah.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: penyelenggaraan bangunan, kos, strategi.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Mrs. Khadijah Md. Ariffin
Date Deposited: 21 Feb 2018 16:05
Last Modified: 21 Feb 2018 16:05
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/228

Actions (login required)

View Item View Item