TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN UBER DI SEKITAR LEMBAH KLANG

AB RAHMAN, ARZA HAFIZI (2017) TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN UBER DI SEKITAR LEMBAH KLANG. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text (25 m/s)
full report_psm2_arza.pdf - Published Version

Download (386kB) | Preview

Abstract

Pengangkutan awam merupakan salah satu pengangkutan yang amat penting di negara kita. Perkhidmatan teksi, uber, grab, bas awam, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), monorel dan sebagainya boleh dikategorikan dibawah pengangkutan awam. Sejak kebelakangan ini, masalah perkhidmatan uber yang dihadapi oleh masyarakat tempatan dan juga pelancong asing semakin berleluasa. Setiap tahun terdapat banyak aduan dari mereka yang menyatakan ketidakpuasan terhadap perkhidmatan dan pengurusan uber di Malaysia. Kebanyakkan laporan mengatakan, masalah yang sering kali dihadapi ialah pelanggan telah dikenakan dengan kadar tambang yang agak tinggi, layanan pemandu yang kurang sopan, dan pemandu bersikap kurang ajar. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan pengguna terhadap kualiti perkhidmatan uber di sekitar Lembah Klang dan responden adalah pengguna perkhidmatan uber di sekitar Lembah Klang. Data kajian dikumpul melalui borang soal selidik daripada warga-warga Lembah Klang yang menggunakan perkhidmatan uber setiap hari. Kajian ini mendapati bahawa tahap kepuasan pengguna terhadap kualiti perkhidmatan uber di Lembah Klang berada pada tahap yang sederhana dan baik mengikut persepsi pengguna terhadap perkhidmatan uber kerana mempunyai kelebihan dan kelemahan terhadap perkhidmatan uber. Penentuan tahap kualiti ini adalah dengan mengunakan lima dimensi model SERVQUAL. Keputusan ini juga menunjukkan keperluan untuk memberi lebih tumpuan kepada pengemaskinian dan peningkatan dari segi kualiti bagi memberi kepuasan kepada pengguna pada tahap yang cemerlang. Kata Kunci: Kepuasan pengguna, kualiti perkhidmatan, perkhidmatan uber, model SERVQUAL.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 08 Mar 2018 16:54
Last Modified: 08 Mar 2018 16:54
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/231

Actions (login required)

View Item View Item