PENGURUSAN PEMBAHAGIAN PINDAH MILIK HARTA PUSAKA

ZAINI, NORHANANI (2017) PENGURUSAN PEMBAHAGIAN PINDAH MILIK HARTA PUSAKA. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
NORHANANI BINTI ZAINI AP140095 (24 PAGES).pdf

Download (383kB) | Preview

Abstract

Harta pusaka merupakan harta yang ditinggalkan si mati kepada waris. Pengurusan pindah milik adalah penting untuk memanfaatkan harta yang ditinggalkan si mati ke arah kebaikan. Pembahagian harta pusaka orang Islam dan bukan Islam adalah berbeza. Terdapat beberapa masalah dalam pindah milik harta pusaka seperti kurang pendedahan dan kesedaran dalam pengurusan pindah milik harta pusaka iaitu waris tidak mengetahui proses pindah milik harta pusaka. Seterusnya, kos perbelanjaan pengurusan harta pusaka yang tinggi di mana, waris kurang berkemampuan untuk membayarnya. Terdapat juga masalah yang timbul disebabkan berlakunya perbalahan dan perebutan harta pusaka dalam kalangan waris. Objektif kajian telah dibentuk bagi tujuan mengenal pasti tahap kesedaran waris serta permasalahan waris dalam pengurusan pindah milik harta pusaka. Kajian ini dijalankan di daerah Batu Pahat, Johor. Pendekatan kuantitatif digunakan iaitu melalui instrumen borang soal selidik. Borang ini diedarkan kepada waris sebanyak 384 borang soal selidik, bagi tujuan pengumpulan data dan penganalisisan data. Dapatan kajian yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan, kaedah perisian SPSS dan kedah analisis purata indeks. Hasil dapatan menunjukkan bahawa responden tidak memahami mengenai pengurusan pindah milik harta pusaka iaitu responden mempunyai tahap kesedaran yang rendah. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa responden mengalami pelbagai masalah dalam menguruskan pindah milik harta pusaka. Antara permasalahan yang dihadapi ialah kurang kefahaman dan pendedahan mengenai proses pindah milik harta pusaka. Kajian ini diharap dapat membantu pihak pengurusan pindah milik harta pusaka di mana pihak berkenaan dapat meningkatkan proses pindah milik bagi memudahkan waris menguruskannya.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Harta pusaka, Pindah milik, Waris
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Mrs. Khadijah Md. Ariffin
Date Deposited: 14 Feb 2018 14:43
Last Modified: 14 Feb 2018 14:43
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/234

Actions (login required)

View Item View Item