KAJIAN TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN BAS DI TERMINAL BAS PULAU PINANG

ISHAK, NUR ARINA (2017) KAJIAN TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN BAS DI TERMINAL BAS PULAU PINANG. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Other (25m/s)
NUR ARINA BT ISHAK AP140162 (KAJIAN TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN BAS DI TERMINAL BAS PULAU PINANG).pdf - Published Version

Download (352kB) | Preview

Abstract

Pengangkutan merupakan salah satu aspek yang penting dalam kehidupan kita seharian. Hal ini kerana, pengangkutan yang digunakan seperti bas dapat memudahkan kita bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan mudah. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan bas dan mengenalpasti kualiti perkhidmatan bas di Terminal Bas Pulau Pinang. Kajian ini dianalisa dengan mengunakan dimensi SERVQUAL bagi mengenalpasti kecenderungan tahap kepuasan tersebut. Reka bentuk kajian ini adalah secara kuantitatif dengan menggunakan model matematik dan soal selidik. Manakala, borang kaji selidik pula digunakan untuk mengetahui tahap kepuasan pelajar. Borang kaji selidik ini telah dianalisa dengan menggunakan perisian Statistikal Package for Social Sciences (SPSS) dan responden diperlukan untuk menjawab soalan kaji selidik dalam kajian ini yang terdiri daripada orang awam, pekerja dan pelajar yang menggunakan perkhidmatan bas tersebut. Kajian ini mendapati bahawa tahap kepuasan pengguna perkhidmatan bas di Pulau Pinang berada pada tahap yang sederhana mengikut persepsi pengguna terhadap perkhidmatan bas. Manakala kualiti perkhidmatan berada pada tahap yang rendah dimana pengguna tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Penentuan tahap kualiti ini diukur dengan mengunakan lima dimensi model SERVQUAL. Keputusan ini menunjukan pihak pengurusan syarikat bas perlu memberi lebih tumpuan kepada pengemaskinian dan peningkatan dari segi kualiti bagi memberi kepuasan kepada pengguna pada tahap yang cemerlang.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Uncontrolled Keywords: kepuasan pelanggan, kualiti perkhidmatan, SERVQUAL
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 08 Mar 2018 17:29
Last Modified: 08 Mar 2018 17:29
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/240

Actions (login required)

View Item View Item