MENGKAJI MAKLUM BALAS PENGUNJUNG MELALUI LAMAN WEB TERPILIH TERHADAP FASILITI DI HOTEL-HOTEL PERANGINAN SEKITAR PORT DICKSON

ZULKIFLY, NURUL ASMIRA (2017) MENGKAJI MAKLUM BALAS PENGUNJUNG MELALUI LAMAN WEB TERPILIH TERHADAP FASILITI DI HOTEL-HOTEL PERANGINAN SEKITAR PORT DICKSON. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
NURUL ASMIRA BINTI ZULKIFLY AP140014 (24 MUKA SURAT).pdf - Published Version

Download (549kB) | Preview
[img]
Preview
Text
NURUL ASMIRA BINTI ZULKIFLY AP140014 (FULL TEXT).pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Industri hotel Malaysia telah berkembang dengan drastik selaras dengan perkembangan pesat dalam industri pelancongan negara. Pelancong secara kebiasaannya akan memilih hotel yang selesa untuk menginap dan beristirehat. Oleh itu, pihak pengurusan hotel perlu memastikan segala perkhidmatan dan fasiliti-fasiliti mereka berada pada tahap yang terbaik bagi memastikan kepuasan pengunjung. Dalam era globalisasi kini, teknologi memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat termasuklah dalam industri perhotelan itu sendiri. Industri hotel menghadapi cabaran bagi mengekalkan jumlah pengunjung mereka akibat daripada maklum balas negatif mengenai fasiliti hotel di laman web seperti TripAdvisor, Agoda, Expedia dan sebagainya dan akibatnya, ramai pengunjung tidak memilih hotel tersebut. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji jenis fasiliti yang disediakan di hotel-hotel terpilih di sekitar Port Dickson dan mengetahui maklum balas pengunjung terhadap fasiliti di hotel-hotel peranginan di sekitar Port Dickson. Kajian ini memfokuskan kepada hotel tiga bintang ke atas yang terletak berhampiran dengan pantai Port Dickson. Kaedah kajian adalah menerusi kaedah analisis dokumen dengan merujuk kepada data laman web TripAdvisor, Agoda, Expedia dan sebagainya dari bulan Januari sehingga November 2017 selain daripada temubual bersama pihak hotel. Dapatan daripada kajian ini adalah fasiliti yang disediakan di hotel kebanyakannya memenuhi peruntukan minimum untuk penarafan bintang hotel. Selain itu, fasiliti yang paling banyak mendapat maklum balas negatif daripada pengunjung adalah fasiliti penghawa dingin dan kolam renang. Kajian ini telah dapat mengenalpasti kualiti fasiliti yang disediakan di hotel bagi membantu meningkatkan imej sektor perlancongan di negara ini.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Mrs. Khadijah Md. Ariffin
Date Deposited: 21 Feb 2018 16:00
Last Modified: 21 Feb 2018 16:00
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/261

Actions (login required)

View Item View Item