IMPAK PEMBANGUNAN PUSAT MEMBELI-BELAH AEON TERHADAP NILAI HARTA TANAH KOMERSIAL SEKITAR

HASHIM, NURUL NADIA (2017) IMPAK PEMBANGUNAN PUSAT MEMBELI-BELAH AEON TERHADAP NILAI HARTA TANAH KOMERSIAL SEKITAR. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
NURUL NADIA BINTI HASHIM AP140059 (24 MUKA SURAT).pdf

Download (496kB) | Preview
[img]
Preview
Text
NURUL NADIA BINTI HASHIM AP140059 (FULL TEXT).pdf

Download (5MB) | Preview

Abstract

Pusat membeli-belah merupakan salah satu tarikan bagi sesuatu kawasan dan menyebabkan kawasan tersebut berpotensi untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan sekitar yang lebih pesat. Pembangunan pusat membeli-belah ini akan menjana permintaan yang tinggi terhadap harta tanah di sekitarnya. Oleh itu, pembangunan pusat membeli-belah secara tidak langsung akan memberi impak terutamanya terhadap nilai harta tanah komersial. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tren nilai harta tanah komersial sebelum dan selepas pembangunan pusat membeli-belah dan juga bagi membuat peramalan nilai harta tanah komersial pada tahun 2017 hingga 2020. Kajian ini hanya memfokuskan kepada harta tanah komersial di kawasan sekitar dua cawangan pusat membeli-belah AEON iaitu di Seremban 2 (Negeri Sembilan) dan Permas Jaya (Johor). Kaedah kuantitatif digunakan secara sepenuhnya iaitu penggunaan data sekunder yang diperolehi daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian mendapati bahawa bagi kawasan sekitar pusat membeli-belah AEON Seremban 2, semua jenis bangunan komersial mengalami tren nilai harta tanah yang meningkat kecuali bangunan jenis kedai kediaman 3 tingkat (1-10 km) yang mengalami tren mendatar. Bagi kawasan sekitar pusat membeli-belah AEON Permas Jaya juga mengalami tren nilai harta tanah yang meningkat bagi semua jenis bangunan komersial kecuali kedai kediaman 2 tingkat (11-15 km) yang mengalami tren menurun. Kaedah peramalan yang digunakan adalah kaedah pelinciran eksponen, kaedah purata bergerak dan kaedah peramalan tren. Kaedah pelinciran eksponen adalah kurang sesuai digunakan kerana menunjukkan berlaku penurunan harga ramalan secara berterusan. Oleh itu, kaedah peramalan yang dipilih adalah kaedah purata bergerak dan kaedah peramalan tren kerana ia menunjukkan harga meningkat dari tahun 2017 hingga 2020. Akhir sekali, pembangunan pusat membeli-belah AEON tersebut telah memberi kesan terhadap nilai harta tanah komersial di sekitarnya.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Real Estate Management
Date Deposited: 21 Feb 2018 16:01
Last Modified: 21 Feb 2018 16:01
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/263

Actions (login required)

View Item View Item