KAJIAN PENGARUH RISIKO ANGGAPAN KE ATAS PEMBELIAN SECARA TALIAN DALAM KALANGAN PENGGUNA DI LEMBAH KLANG

Sulaiman Bin Din, Muhammad Zikri Firdaus Bin Sulaiman (2018) KAJIAN PENGARUH RISIKO ANGGAPAN KE ATAS PEMBELIAN SECARA TALIAN DALAM KALANGAN PENGGUNA DI LEMBAH KLANG. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Other (25 Page)
25 page e thesis.pdf - Published Version

Download (512kB) | Preview

Abstract

Pengaruh risiko anggapan memainkan peranan penting dalam proses membuat keputusan semasa membeli-belah secara talian. Saban tahun, pembelian secara talian semakin meningkat di Malaysia. Namun begitu, jenayah siber turut menjadi ancaman kepada para pengguna pembelian secara talian. Kebanyakan laporan menyatakan bahawa faktor risiko anggapan kewangan, faktor risiko anggapan produk, faktor risiko anggapan masa, faktor risiko anggapan pengiriman, faktor risiko anggapan sosial dan faktor risiko anggapan keselamatan maklumat menjadi faktor dalam keputusan pembelian secara talian. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengaruh risiko anggapan ke atas pembelian secara talian dalam kalangan pengguna Lembah Klang. Data kajian dikumpul melalui borang soal selidik daripada warga-warga di sekitar Lembah Klang yang sering melakukan aktiviti pembelian secar talian. Sejumlah 384 borang selidik telah diedarkan dan hanya 259 set borang soal selidik telah dikembalikan. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengaruh risiko anggapan ke atas pembelian secara talian dalam kalangan pengguna Lembah Klang tidak mempunyai hubungan. Hal ini membuktikan bahawa faktor-faktor risiko anggapan tidak mempengaruhi pengguna Lembah Klang dalam membuat keputusan pembelian secara talian. Kata kunci-Anggapan risiko , Pembelian secara talian

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Anggapan risiko, Pembelian secara talian
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 08 Mar 2018 17:25
Last Modified: 08 Mar 2018 17:25
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/272

Actions (login required)

View Item View Item