STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI SYARIKAT PEMBUATAN DI BATU PAHAT

LAMAN, MUHAMMAD FIKKRI (2018) STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI SYARIKAT PEMBUATAN DI BATU PAHAT. Other thesis, UNIVERSITY TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text (25 pages)
e-Thesis.pdf - Published Version

Download (242kB) | Preview

Abstract

Malaysia telah beralih daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada perindustrian dimana sektor pembuatan dianggap antara penyumbang tertinggi kepada pendapatan negara. Sektor pembuatan juga sering dikaitkan dengan isu alam sekitar kesan daripada aktiviti pengeluaran yang dilakukan. Oleh itu, keprihatinan terhadap alam sekitar perlu ditingkatkan dangan mengatur pelbagai strategi bagi mengurangkan kesan tersebut. Pelaksanaan amalan pembelian hijau merupakan suatu langkah yang boleh digunakan dalam usaha untuk mengintegrasikan penjagaan alam sekitar dalam aktiviti pembuatan. Kebanyakan syarikat pembuatan di Malaysia juga telah mengguna pakai amalan pembelian hijau ini sebagai langkah keprihatinan meraka terhadap alam sekitar. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti strategi pembelian hijau yang diamalkan oleh syarikat pembuatan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti tahap kelestarian prestasi syarikat tersebut. Borang soal selidik dan temubual telah digunakan bagi mengumpul data barkaitan kajian. Sejumlah 59 set borang soal selidik telah diedarkan dan hanya 8 set borang soal selidik yang telah dikembalikan. Kemudian pengkaji telah menemubual 2 buah syarikat pembuatan di Batu Pahat untuk mendapatkan maklumat yang lebih bagi memenuhi objektif kajian. Hasil kajian mendapati pelaksanaan amalan pembelian hijau di syarikat pembuatan di sekitar Batu Pahat telah memberi banyak manfaat dalam melestarikan prestasi syarikat. Walaubagaimanapun, pelaksanaan amalan pembelian hijau dan kelestarian prestasi tersebut masih ditahap sederhana. Bagi meningkatkan lagi tahap tersebut, organisasi perlu mengambil tahu tentang apa yang harus dilakukan untuk meningkatkan lagi pelaksanaan strategi pembelian hijau.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Pembelian Hijau; Kelestarian Prestasi; Rantaian Bekalan Hijau
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 13 Feb 2018 17:07
Last Modified: 13 Feb 2018 17:07
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/274

Actions (login required)

View Item View Item