KAJIAN AMALAN TERBAIK PROGRAM KESELAMATAN TAPAK BINA

MISNAN, NUR ADERA (2018) KAJIAN AMALAN TERBAIK PROGRAM KESELAMATAN TAPAK BINA. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
NUR ADERA BINTI MISNAN@ADNAN (AP140384).pdf

Download (471kB) | Preview

Abstract

Industri pembinaan merupakan sebuah industri yang meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu, usaha-usaha sentiasa dijalankan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja tidak terjejas. Antara isu yang dikaitkan dengan aspek keselamatan adalah kemalangan di tapak bina. Bagi menangani isu ini, pihak majikan yang bertanggungjawab perlu menjaga kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerja dengan mengadakan program keselamatan bagi mengelakkan kemalangan yang tidak sepatutnya berlaku. Program keselamatan merupakan program yang memberikan kesedaran kepada pekerja terhadap kepentingan keselamatan di tapak bina. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor keberkesanan Program Keselamatan di tapak bina dan mengkaji amalan terbaik bagi Program Keselamatan di tapak bina. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui kaedah temu bual. Tiga (3) orang responden dipilih bagi kajian ini melibatkan pegawai keselamatan tapak di tapak bina yang mendapat penilaian terbaik dari aspek keselamatan daripada CIDB. Data yang diperolehi telah ditranskrip dan dianalisis menerusi kaedah analisis kandungan menggunakan perisian “Mircrosoft Word”. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor kejayaan Program Keselamatan yang paling utama adalah komitmen daripada pihak atasan. Manakala amalan terbaik bagi program keselamatan dapat dilihat di mana kekerapan pihak organisasi melaksanakan program dan latihan keselamatan di tapak bina. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa peranan pihak atasan untuk memberikan komitmen dan kekerapan melaksanakan program keselamatan sangat penting kerana mereka akan menjadi contoh dan semangat kepada para pekerja untuk terus bekerja dengan menerapkan aspek keselamatan di tapak bina.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 12:32
Last Modified: 05 Mar 2018 12:32
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/279

Actions (login required)

View Item View Item