PERBANDINGAN ANTARA SISTEM BANGUNAN BERINDUSTRI (IBS) DAN SISTEM PEMBINAAN KONVENSIONAL (CBS) KE ARAH INDUSTRI PEMBINAAN MAMPAN

KAMARUDDIN, NIK MUHAMMAD RIDWAN (2018) PERBANDINGAN ANTARA SISTEM BANGUNAN BERINDUSTRI (IBS) DAN SISTEM PEMBINAAN KONVENSIONAL (CBS) KE ARAH INDUSTRI PEMBINAAN MAMPAN. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
AP140490-NIK MUHAMMAD RIDWAN BIN KAMARUDDIN.pdf

Download (521kB) | Preview

Abstract

Perkembangan industri pembinaan negara yang semakin pesat memberikan pelbagai impak terhadap aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar. Perkara ini perlu dipandang serius kerana ketiga-tiga aspek ini menjadi elemen yang penting dalam usaha mewujudkan industri pembinaan negara yang mampan. Sistem Pembinaan Konvensional (CBS) pada masa kini dilihat memiliki pelbagai masalah dan mendatangkan banyak impak negatif berbanding impak positif terhadap ketiga-tiga aspek tersebut. Manakala Sistem Bangunan Berindustri (IBS) pula dilihat sebagai satu kaedah pembinaan yang memiliki potensi dalam mengurangkan serta mengatasi masalah yang wujud dalam CBS seterusnya menyumbang kepada kejayaan industri pembinaan mampan. Justeru, objektif kajian ini adalah mengenalpasti kelebihan dan kelemahan kedua-dua sistem binaan CBS dan IBS yang mempengaruhi matlamat untuk mencapai industri pembinaan mampan dari segi sosial, ekonomi dan alam sekitar serta mengenalpasti potensi IBS ke arah industri pembinaan mampan. Kaedah kajian yang digunakan adalah kajian literatur dan temubual separa struktur yang melibatkan dua orang pemaju yang menggunakan IBS dalam projek mereka di sekitar negeri Johor dan dua orang wakil Pusat IBS Lembaga Kemajuan Industri Pembinaan (CIDB). Hasil kajian mendapati kelebihan CBS adalah membuka peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dan menjimatkan kos projek kerana proses keseluruhan yang singkat, manakala IBS pula membantu dalam penyediaan rumah kos rendah, mengurangkan bilangan buruh asing, dan mengurangkan pencemaran tapak bina. Kelemahan CBS meliputi lambakan buruh asing, peningkatan kadar aliran keluar mata wang negara dan pencemaran tapak bina, manakala IBS pula merangkumi modal awal yang besar dan pencemaran sisa kilang IBS. Seterusnya, hasil kajian turut mengenalpasti potensi IBS ke arah industri pembinaan mampan dalam ketiga-tiga aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar. Kesimpulannya, diharap agar hasil kajian ini dapat membantu dalam meningkatkan penggunaan IBS dalam usaha memampankan industri pembinaan negara.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 12:35
Last Modified: 05 Mar 2018 12:35
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/280

Actions (login required)

View Item View Item