KAJIAN PENGURUSAN PENYELENGGARAAN LOJI RAWATAN AIR KUMBAHAN DI KLANG, SELANGOR

MA'AROF, NURULHIDAYU (2018) KAJIAN PENGURUSAN PENYELENGGARAAN LOJI RAWATAN AIR KUMBAHAN DI KLANG, SELANGOR. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN.

[img]
Preview
Text
NURULHIDAYU BINTI MA'AROF (CP140076).pdf

Download (483kB) | Preview

Abstract

Kepadatan penduduk menyebabkan loji rawatan air kumbahan menjadi sistem yang sangat penting untuk pembangunan dan infrastruktur sebagai keperluan asas dalam masyarakat Malaysia. Apabila disebut loji rawatan air kumbahan ramai yang masih memandang remeh tentang kepentingan pengurusan penyelenggaraan loji. Loji rawatan air kumbahan boleh menyebabkan masalah bau dan menjejaskan kesihatan penduduk jika tidak melakukan penyelenggaraan dengan betul. Oleh itu, perlaksanaan pengurusan penyelenggaraan terhadap loji sangat penting bagi memastikan proses tidak terjejas yang boleh memberi kesan buruk. Justeru itu, objektif kajian ini ialah mengkaji pengurusan penyelenggaraan dan langkah-langkah penambahbaikan penyelenggaraan loji rawatan air kumbahan. Pengumpulan data dilakukan dengan dua kaedah iaitu data primer dan data sekunder. Kaedah data primer yang dipilih oleh pengkaji ialah kaedah temubual dan pemerhatian dengan menekan soalan untuk mendapatkan jawapan berkaitan objektif kajian dan data sekunder yang diperolehi daripada artikel, jurnal, laman web dan buku-buku. Temubual dijalankan dengan empat orang responden yang bertanggungjawab dalam melaksanakan pengurusan penyelenggaraan di loji rawatan air kumbahan. Pemerhatian telah dijalankan ke atas Indah Water Konsortium, Klang. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pengurusan penyelenggaraan dilaksanakan dengan pencegahan penyelenggaraan, jadual penyelenggaraan dan rutin penyelenggaraan untuk pencegahan dan pembaikan. Masalah tahap penyelenggaraan yang kurang memuaskan menyebabkan langkah-langkah penambahbaikan dilakukan dengan mengikuti latihan teknikal bagi meningkatkan kemahiran dalam kerja penyelenggaraan yang berkualiti. Pihak Indah Water Konsortium sentiasa membuat pemantauan pada loji bagi menyelesaikan masalah kelewatan dalam kerja penyelenggaraan. Oleh itu, semua pihak harus memberikan kerjasama dan lebih peka terhadap pengurusan penyelenggaraan bagi mengelakkan pembaziran dan memupuk kesedaran dalam melaksanakan kerja penyelenggaraan agar loji berada dalam keadaan baik.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 16:49
Last Modified: 05 Mar 2018 16:49
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/282

Actions (login required)

View Item View Item