KAJIAN TERHADAP ENAPAN TANAH DI KAWASAN PERUMAHAN : KAJIAN KES DI FASA POMELIA,TAMAN PULAI INDAH, KANGKAR PULAI, JOHOR BAHRU

Saion, Nor Halimah (2018) KAJIAN TERHADAP ENAPAN TANAH DI KAWASAN PERUMAHAN : KAJIAN KES DI FASA POMELIA,TAMAN PULAI INDAH, KANGKAR PULAI, JOHOR BAHRU. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text (1-25)
NOR HALIMAH BT SAION AP140349.pdf

Download (4MB) | Preview

Abstract

Enapan tanah yang berlaku di kawasan perumahan merupakan isu penting dalam industri pembinaan. Permasalahan kajian ini ialah, masalah enapan tanah yang berlaku di kawasan perumahan teres dua tingkat di Fasa Pomelia, Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai, Johor Bahru. Masalah enapan tanah yang berlaku di kawasan kajian telah menyebabkan kerosakan rumah sejak tahun 2009 lalu memberi kesan kepada penduduk di situ dari segi ancaman keselamatan dan kerugian harta benda. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti faktor-faktor enapan tanah di perumahan teres dua tingkat Fasa Pomelia, Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai, Johor Bahru; mengkaji jenis kerosakan rumah akibat enapan tanah di kawasan kajian dan mencadangkan pengurusan tanah bagi mengatasi masalah enapan tanah di kawasan kajian. Kajian ini ialah melibatkan 32 orang ketua isi rumah Fasa Pomelia yang tinggal di 57 unit rumah teres dua tingkat; seorang perunding jurutera awam dan seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan kawasan kajian iaitu Ketua Bahagian Kejuruteraan dan Infrastruktur Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT). Kaedah kualitatif (temu bual) dan kuantitatif (soal selidik) digunakan untuk mendapatkan data primer, manakala kajian literatur digunakan untuk mendapatkan data sekunder. Setelah data diperolehi, pengkaji menganalisis data menggunakan kaedah dokumentasi bagi data yang diperolehi daripada kaedah kualitatif manakala perisian IBM SPSS Statistic digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh daripada kaedah kuantitatif. Pada hasil kajian ini, bagi objektif pertama iaitu faktor-faktor enapan tanah di kawasan kajian ialah tanah tambak yang tidak dipadatkan sepenuhnya menyebabkan tanah di kawasan tersebut mengalami kadar keporosan yang tinggi; kandungan air bawah tanah yang tinggi; dan kehadiran bahan organik dalam tanah iaitu kayu reput dari batang kelapa sawit. Bagi hasil kajian untuk objektif kedua pula, jenis kerosakan rumah yang berlaku akibat enapan tanah di kawasan kajian ialah keretakan dinding, lantai, tiang dan longkang juga kejatuhan tempat letak kereta dan dapur. Bagi objektif ketiga pula, cadangan langkah-langkah pengurusan tanah yang boleh dibuat untuk mengelakkan enapan tanah di kawasan perumahan jenis teres ialah penggalian dan penggantian tanah; kawalan kandungan air bawah tanah; dan penggunaan asas pili untuk menjaga kualiti tanah dan kualiti pembinaan di atas tanah agar masalah enapan tanah selepas pembinaan tidak berlaku seperti yang telah berlaku di kawasan kajian.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 10:48
Last Modified: 05 Mar 2018 10:48
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/283

Actions (login required)

View Item View Item