PROTOTAIP ALAT PENGUPAS KULIT TEBU

Bohari, Mohamad Nadzim Shah (2017) PROTOTAIP ALAT PENGUPAS KULIT TEBU. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text (Mohamad Nadzim Shah Bin Bohari AP140507)
PROTOTAIP ALAT PENGUPAS KULIT TEBU.pdf

Download (527kB) | Preview

Abstract

Pada masa ini, alat pengupas kulit tebu telah banyak dicipta. Namun, kebanyakan peniaga kecil air tebu masih menggunakan cara tradisional iaitu menggunakan parang atau pisau pemotong kulit tebu kerana harga mesin yang mahal. Cara tradisional mengupas kulit tebu adalah sukar, kecekapan rendah, dan tidak sekata. Oleh itu, tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk membina sebuah prototaip alat manual pengupas kulit tebu yang dapat diterima pakai oleh peniaga kecil. Sebanyak 15 orang peniaga kecil air tebu di kawasan Parit Raja telah disoal selidik bagi mendapatkan pandangan tentang prototaip yang dibina. Untuk menghasilkan prototaip ini, bahanbahan yang dipilih adalah seperti keluli tahan karat, keluli lembut, dan keluli karbon. Prototaip yang telah siap telah diuji dari aspek masa dan keberkesanan. Masa yang diambil untuk mengupas tebu sepanjang 0.75 meter, 1.00 meter, dan 1.25 meter masingmasing adalah 45 saat, 60 saat, dan 71 saat. Manakala, Analisis pasaran menunjukan prototaip alat manual pengupas kulit tebu ini dapat diterima oleh pasaran yang mana pengkaji menyatakan tahap kepuasan pengguna terhadap kriteria prototaip yang dibina.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: Mr. Te Chuan Lee
Date Deposited: 07 Mar 2018 09:34
Last Modified: 07 Mar 2018 09:34
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/291

Actions (login required)

View Item View Item