KAJIAN MENANGANI MASALAH ALIRAN PROSES MENGGUNAKAN KAEDAH “VALUE STREAM MAPPING” DALAM PENGHASILAN MAKANAN DI INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA

ABDUL RAHMAN, MUHAMMAD AMIRUL RADZIE (2017) KAJIAN MENANGANI MASALAH ALIRAN PROSES MENGGUNAKAN KAEDAH “VALUE STREAM MAPPING” DALAM PENGHASILAN MAKANAN DI INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
MUHAMMAD AMIRUL RADZIE BIN ABDUL RAHMAN.pdf

Download (404kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan kaedah Value Stream Mapping (VSM) bagi menyelesaikan masalah aliran proses dalam pemprosesan makanan di industri kecil dan sederhana (IKS). VSM yang merupakan alat Lean Manufacturing adalah proses pemetaan yang telah diselaraskan untuk menjadi panduan kepada pekerja bagi memendekkan masa dalam menghasilkan sesuatu produk. Aliran proses pula adalah panduan turutan kerja yang memudahkan pekerja dalam penghasilan sesuatu produk. Langkah-langkah utama dalam meningkatkan prestasi rangkaian pengeluaran telah dikaji sedekad yang lalu tetapi hasil penyelidikan masih terdapat jurang ketara antara amalan dan teori. Antara masalah yang berlaku dalam aliran proses adalah pembaziran masa, kerkurangan kelengkapan dan juga tenaga kerja yang terhad. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif yang menjadikan temuramah dan pemerhatian sebagai alat dalam mendapatkan maklumat mengenai masalah aliran proses yang berlaku semasa pemprosesan makanan di IKS. Temuramah dan pemerhatian telah dilakukan di Salleh food Sdn Bhd merupakan syarikat IKS yang menghasilkan makanan sebagai produk utama. Kajian ini telah menfokuskan proses penghasilan kerepek ubi berperisa. Hasil daripada kajian yang dilakukan mendapati pembaziran masa menjadi masalah utama dalam aliran proses. Pembaziran masa telah menyebabkan penghasilan produk menjadi perlahan dan tidak mengikut masa yang telah ditetapkan. Langkah-langkah penyelesaian seperti penggabungan proses, memendekkan jarak operasi dan menambah alat bantuan operasi telah digunakan untuk mengurangkan pembaziran masa. Kesimpulannya kajian ini untuk menambahbaikan dan menyelesaikan masalah aliran proses menggunakan VSM dalam penghasilan makanan di IKS.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: PSM Coordinator BPB
Date Deposited: 07 Mar 2018 09:36
Last Modified: 07 Mar 2018 09:36
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/307

Actions (login required)

View Item View Item