AMALAN PELAKSANAAN JIT DALAM SISTEM PENGURUSAN INVENTORI BAGI MENINGKATKAN KECEKAPAN

Buyong, Raziff (2017) AMALAN PELAKSANAAN JIT DALAM SISTEM PENGURUSAN INVENTORI BAGI MENINGKATKAN KECEKAPAN. Other thesis, University Tun Hussien Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text (RAZIFF BIN BUYONG AP140467)
25 page Amalan Pelaksanaan JIT Dalam Sistem Pengurusan Inventori bagi Meningkatkan Kecekapan.pdf

Download (659kB) | Preview

Abstract

Just In Time (JIT) adalah konsep yang dicipta khas untuk mengelakkan pembaziran dalam pengeluaran. JIT adalah salah satu Lean Manufacturing yang merupakan satu set teknik yang membantu dalam mengenal pasti dan mengurangkan pembaziran, masa pengeluaran dan kos yang akan meningkatkan kualiti. Kajian-kajian awal membuktikan bahawa aktiviti pembaziran yang sering berlaku berkaitan dengan JIT adalah pengurusan inventori. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sistem pengurusan inventori di Syarikat Mitsumi Technology Electronic (MTE), dan mengenal pasti jenis, bilangan dan kekerapan penggunaan komponen dengan menggunakan kaedah ABC Analisis. Oleh itu, kaedah susun atur yang berkesan dan penyusunan inventori yang sistematik dapat dicadangkan kepada MTE. Penyelidikan telah dijalankan dengan menemu bual seorang pekerja yang merupakan pekerja berpengalaman setelah berkhidmat selama 30 tahun di MTE yang telah beroperasi di Tongkang Pecah, Batu Pahat. Walaupun beliau bertanggungjawab dalam hal-hal pembelian stok dan pengurusan inventori namun hanya segelintir maklumat yang diperolehi kerana maklumat tersebut adalah sulit. Instrumen pengumpulan data yang dipilih dalam kajian ini adalah: (1) Temu bual, (2) pemerhatian di tempat kajian, (3) pengumpulan data di tempat kajian. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah ABC Analisis. Keputusan menunjukkan bahawa kategori komponen mengikut kelas telah dilakukan. Kajian ini membuat kesimpulan dengan memberikan beberapa cadangan kepada Mitsumi Technology Electronic untuk mengekalkan dan meningkatkan kecekapan dalam pengurusan inventori. Tambahan pula, data yang diperolehi daripada kajian ini boleh digunakan untuk mencadangkan pengurusan inventori yang sistematik kepada pengurus inventori MTE yang boleh membantu beliau untuk meningkatkan kecekapan dalam penjimatan masa dan mengelakkan sebarang aktiviti pembaziran dalam pengurusan inventori.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
T Technology > TS Manufactures
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: Mr. Te Chuan Lee
Date Deposited: 07 Mar 2018 09:37
Last Modified: 07 Mar 2018 09:37
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/320

Actions (login required)

View Item View Item