Hubungan Antara Reka Bentuk Latihan Terhadap Pemindahan Latihan

Jais, Nor Atiqah Fitri (2017) Hubungan Antara Reka Bentuk Latihan Terhadap Pemindahan Latihan. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text (Nor Atiqah Fitri Binti Jais Ap140149)
25 PAGE.pdf

Download (346kB) | Preview

Abstract

Sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk mencapai taraf negara maju pada tahun 2020,pekerja yang produktif dan inovatif merupakan tulang belakang kejayaan organisasi. Justeru itu, setiap organisasi menyediakan peruntukkan khas untuk menghantar pekerja ke program latihan. Pemindahan latihan berlaku selepas pekerja menghadiri program latihan serta dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperoleh dari latihan tersebut ke dalam pekerjaan. Pemindahan latihan dipengaruhi oleh beberapa faktor di mana reka bentuk latihan merupakan salah satu darinya. Kajian ini dilakukan di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim di mana sampel kajian ini ialah 56 responden dalam kalangan staf sokongan yang telah menghadiri program latihan iaitu Kursus Keselamatan dan Perlindungan Jabatan. Kaedah kuantitatif pengumpulan data menggunakan tinjauan soal selidik dan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) untuk menganalisa data yang dikumpul. Hipotesis yang positif dan signifikan dengan mengambil kira empat faktor reka bentuk latihan;prinsip pembelajaran, susunan aktiviti pembelajaran, kandungan latihan dan teori unsur serupa. Kajian ini dapat membantu pihak pengurusan dalam merancang dan menyediakan program latihan yang berkesan kepada pekerja. Program latihan yang direka secara kondusif, dapat membantu pekerja mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperoleh dari latihan ke dalam pekerjaan mereka dengan lebih efektif dan efisien.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
A General Works > AS Academies and learned societies (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: Mr. Te Chuan Lee
Date Deposited: 19 Feb 2018 17:38
Last Modified: 19 Feb 2018 17:38
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/324

Actions (login required)

View Item View Item