KOMITMEN KESATUAN SEKERJA TERHADAP KEBAJIKAN PEKERJA DALAM SEKTOR PERKILANGAN DI JOHOR

ABU AHMAR, HAMIMAH (2017) KOMITMEN KESATUAN SEKERJA TERHADAP KEBAJIKAN PEKERJA DALAM SEKTOR PERKILANGAN DI JOHOR. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text (HAMIMAH BINTI ABU AHMAR AP140429)
25 MUKA SURAT.pdf

Download (253kB) | Preview

Abstract

Di Malaysia, kesatuan sekerja ini memainkan peranan yang penting dalam perhubungan perindustrian yang melibatkan hubungan timbal balik antara majikan dan pekerja. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai komitmen kesatuan sekerja terhadap kebajikan pekerja di sektor perkilangan. Kajian ini akan memfokuskan kepada beberapa elemen penting bagi kebajikan pekerja iaitu gaji, cuti, waktu berkerja dan keselamatan pekerja. Kajian ini dilakukan di syarikat Fujitsu Component (Malaysia) Sdn. Bhd dengan melibatkan seramai 260 orang pekerja yang menyertai kesatuan sekerja. Seterusnya, reka bentuk penyelidikan bagi kajian ini menggunakan 2 pendekatan iaitu pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif. Pendekatan kuantitatif menggunakan (1) kaedah borang soal selidik. Manakala pendekatan kualitatif memilki dua temu bual iaitu temu bual Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) dan Ketua Kesatuan Pekerja-Pekerja Fujistu Component (Malaysia) Sdn. Bhd (Kesatuan FCM), kaedah kualitatif ini digunakan untuk mendapatkan sumber primeri iaitu dari segi maklumat awalan dan maklumat kesatuan sekerja tersebut. Data-data yang diperolehi daripada borang soal selidik akan dianalisis menggunakan SPSS versi 23. Hasil kajian ini menunjukkan tahap komitmen kesatuan FCM adalah sangat tinggi manakala tahap bagi kebajikan pekerja pula berada pada tahap tinggi sahaja. Hasil ujian korelasi pula menunjukkan bahawa semua kolerasi memiliki hubungan yang signifikan, di mana terdapat kolerasi yang tinggi iaitu hubungan di antara komitmen kesatuan sekerja terhadap kebajikan pekerja. Seterusnya, kolerasi di antara komitmen kesatuan sekerja terhadap gaji, cuti. Waktu bekerja dan keselamatan berada pada tahap yang sederhana. Hal ini menunjukkan bahawa komitmen kesatuan FCM memainkan peranan yang cemerlang dalam kesatuan mereka serta kebajikan pekerja turut berada pada kondisi yang baik.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: PSM Coordinator BPB
Date Deposited: 19 Feb 2018 17:10
Last Modified: 19 Feb 2018 17:10
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/327

Actions (login required)

View Item View Item