PENGHASILAN PAPAN GENTIAN KETUMPATAN SEDERHANA BERASASKAN CAMPURAN SERAT NANAS DAN POLYETHLENE TEREPHATHALATE UNTUK KEGUNAAN INDUSTRI PERABOT

SAMSURRIJAL, SAIDATUL ASYILAH (2017) PENGHASILAN PAPAN GENTIAN KETUMPATAN SEDERHANA BERASASKAN CAMPURAN SERAT NANAS DAN POLYETHLENE TEREPHATHALATE UNTUK KEGUNAAN INDUSTRI PERABOT. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text (SAIDATUL ASYILAH BINTI SAMSURRIJAL AP140142)
25 page-s.pdf

Download (527kB) | Preview

Abstract

Malaysia telah disenaraikan sebagai pengeksport perabot yang ke-10 terbesar di dunia. Malaysia mengeksport kira-kira 80% daripada jumlah pembuatan dengan pasaran yang besar di Amerika Syarikat, Jepun dan Australia. Sektor ini memerlukan banyak sumber kayu, akan tetapi sumber kayu semakin berkurangan kerana hutan banyak ditebang. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk menghasilkan papan gentian ketumpatan sederhana berasaskan campuran polyethlene terephathlate dan serat nanas untuk menggantikan sumber kayu. Rawatan kimia akan dilakukan terhadap daun nanas untuk mengasingkan serat nanas dan bendasing. Pada mulanya nanas akan dibasuh menggunakan air suling dan direndam ke dalam larutan 2% NaOH selama 24 jam. Kemudian dikeringkan di dalam ketuhar selama 20 jam pada suhu 60°C. Selepas dikempa panas, lembaran komposit perlu diuji melalui ujian ketumpatan, ujian penyerapan air ASTM D 1037-99, mikroskop pengimbas elektron (SEM), ujian kekerasaa D2440, kekuatan lenturan ISO 178:93 dan ujian keanjalan ISO 178:93. Selain itu, kajian ini juga dapat mengatasi masalah pembaziran botol plastik minuman yang mempunyai polimer polyethylene terephatalate dan pembaziran serat dari buah nanas. Ianya juga dapat membantu mengurangkan aktiviti penebangan hutan untuk sektor pembuatan. Hasil kajian ini dapat meningkatkan kualiti alam sekitar dengan melakukan proses kitar semula dan menggunakan sepenuhnya sisa pertanian dan bahan buangan seperti botol plastik untuk menukar ia kepada produk yang mesra alam. Katakunci: papan gentian ketumpatan sederhana, polyethylene terephathlate, serat buah nanas, perabot, biokomposit.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: Mr. Te Chuan Lee
Date Deposited: 07 Mar 2018 09:35
Last Modified: 07 Mar 2018 09:35
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/342

Actions (login required)

View Item View Item