KEUTAMAAN KUALITI PERKHIDMATAN DALAM PEMILIHAN SYARIKAT PENERBANGAN MALAYSIA AIRLINE (MAS) DAN AIR ASIA (AA) DI LAPANGAN TERBANG SENAI, JOHOR

MISRAN, MIRZA MAISARAH (2017) KEUTAMAAN KUALITI PERKHIDMATAN DALAM PEMILIHAN SYARIKAT PENERBANGAN MALAYSIA AIRLINE (MAS) DAN AIR ASIA (AA) DI LAPANGAN TERBANG SENAI, JOHOR. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text (MIRZA MAISARAH BINTI MISRAN (AP140259))
25 PAGES.pdf

Download (489kB) | Preview

Abstract

Kajian mengenai kepuasan dan tingkah laku manusia telah menjadi perkara yang biasa. Dalam masa yang sama, pengetahuan pengguna mengenai kualiti produk dan perkhidmatan perlu ditingkatkan. Oleh itu, kajian mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pengguna terhadap kualiti produk dan perkhidmatanperlulah dilakukan. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengkaji faktor utama pemilihan syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan Air Asia (AA) di Lapangan Terbang Senai, Johor. Pengguna menghadapi masalah untuk memilih kualiti perkhidmatan MAS dan AA yang menawarkan kualiti perkhidmatan yang terbaik. Kaedah yang telah digunakan adalah kaedah kuantitatif. 200 Set borang soal kaji selidik akan diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumat tambahan. Responden yang menjadi pilihan adalah pengguna syarikat penerbangan yang berpengalaman menggunakan syarikat penerbagan MAS dan AA. pengguna lebih memilih MAS atas alasan keselesaan yang dialami semasa menggunakan perkhidmatan tersebut. Selain daripadahal tersebut, pengguna MAS sangat berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan keselesaan. Manakala, pengguna AA pula lebih memilih AA kerana kualiti harga yang ditawarkan kepada pengguna. Justeru itu, tahap kepuasan harga adalah yang paling tinggi berbanding kualiti perkhidmatan yang lain seperti publisiti, reputasi, keselesaan dan ketepatan masa. Oleh hal yang demikian, kajian ini dapat membantu pengguna dalam mengenalpasti kualiti perkhidmatan yang terbaik bagi memilih perkhidmatan antara syarikat penerbangan Malaysian Airlines (MAS) dan Air Asia. Dalam masa yang sama, kajian ini dapat membantu syarikat penerbangan untuk mengukur tahap kepuasan pengguna terhadap kualiti perkhidmatan yang disediakan disamping memperbaiki persembahan syarikat dan meningkatkan kepuasan dan kuantiti pengguna.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: PSM Coordinator BPB
Date Deposited: 05 Mar 2018 10:19
Last Modified: 05 Mar 2018 10:19
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/349

Actions (login required)

View Item View Item