MENENTUKAN FAKTOR HALANGAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGASINGAN SISA PEPEJAL ISI RUMAH DI TAMAN PERUMAHAN BANDAR TENGGARA

Wan Mohamad, Wan Nurhamizah (2018) MENENTUKAN FAKTOR HALANGAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGASINGAN SISA PEPEJAL ISI RUMAH DI TAMAN PERUMAHAN BANDAR TENGGARA. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
WAN NURHAMIZAH BINTI WAN MOHAMAD (AP140153).pdf

Download (598kB) | Preview

Abstract

Pengasingan sisa pepejal adalah isu yang masih dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia dan masih lagi tidak dapat diselesaikan kerana kurangnya kefahaman daripada penduduk tentang peraturan yang ditetapkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Masih ramai rakyat Malaysia yang tidak ambil peduli terhadap peraturan yang dijalankan oleh pihak kerajaan. Bagi mengatasi masalah ini, satu kajian telah dilakukan untuk menentukan faktor halangan pelaksanaan pengasingan sisa pepejal isi rumah. Kajian ini telah dilakukan di taman perumahan Bandar Tenggara yang melibatkan 80 buah rumah penduduk. Kaedah pengumpulan maklumat adalah menggunakan borang soal selidik. Hasil kajian menunjukkan terdapat tiga faktor yang menghalang pelaksanaan pengasingan sisa pepejal iaitu sikap, kutipan sisa pepejal, dan tingkahlaku masyarakat. Sikap adalah faktor yang paling mempengaruhi dengan nilai min sebanyak 3.83. Seterusnya, tiga hipotesis dalam kajian ini adalah hubungan yang signifikan antara sikap, kutipan sisa pepejal, dan tingkahlaku masyarakat dengan pelaksanaan pengasingan sisa pepejal. Hasil kajian menunjukkan hipotesis pertama diterima iaitu hubungan yang signifikan di antara sikap dengan pelaksanaan pengasingan sisa pepejal. Hipotesis menunjukkan hubungan antara dua pembolehubah ini positif dan signifikan dengan nilai sebanyak 0.292 dan 0.009. Oleh itu, beberapa aspek perlu dibaiki oleh pihak yang bertanggungjawab khususnya dari segi penerapan sikap pengasingan sisa pepejal bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di Malaysia.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: Mr. Te Chuan Lee
Date Deposited: 07 Mar 2018 09:48
Last Modified: 07 Mar 2018 09:48
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/352

Actions (login required)

View Item View Item