HUBUNGAN ANTARA KUALITI PERKHIDMATAN DAN KEPUASAN PENGGUNA BAS AWAM DI BATU PAHAT

SABRI, NURAIZA ASHIKIN (2017) HUBUNGAN ANTARA KUALITI PERKHIDMATAN DAN KEPUASAN PENGGUNA BAS AWAM DI BATU PAHAT. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text (25 pages)
Aiza_25 pages.pdf - Published Version

Download (303kB) | Preview

Abstract

Kualiti perkhidmatan pengangkutan awam wajar dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menjamin kepuasan pengguna. Terdapat pelbagai masalah kualiti perkhidmatan yang dilaporkan dalam kajian-kajian lepas, antaranya sikap pemandu bas, keadaan luaran bas yang uzur dan harga tambang bas yang terlalu mahal. Masalah yang pernah dilaporkan di Batu Pahat termasuklah penduduk mengharapkan kewujudan perkhidmatan pengangkutan bas yang menghubungkan pekan-pekan di Batu Pahat. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan bagi mengkaji hubungan antara kualiti perkhidmatan, iaitu dengan mengukur dimensi nyata, jaminan, kebolehpercayaan, tindakbalas dan empati. Untuk mengukur tahap kepuasan pengguna pula, pengkaji menggunakan pendekatan membandingkan persepsi dan pengalaman pengguna. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif dan korelasi. Kajian ini mendapati terdapat hubungan yang kuat antara kualiti perkhidmatan dan tahap kepuasan pengguna bas awam. Selain itu, melalui kajian ini dapat disimpulkan bahawa kualiti perkhidmatan bas awam di Batu Pahat adalah sederhana bagi semua dimensi yang dikaji. Malah, pengguna hanya menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan harga caj bayaran, kebersihan bas, keselesaan, bilangan tempat duduk yang disediakan dan privasi yang mereka terima. Selebihnya, seperti perkhidmatan daripada segi kekerapan, masa perkhidmatan diberikan, keselamatan dan etika pemandu tidak dapat memenuhi kepuasan pengguna bas awam.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 13 Feb 2018 17:21
Last Modified: 13 Feb 2018 17:21
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/354

Actions (login required)

View Item View Item