CIRI-CIRI HOSPITAL MESRA IBADAH DAN EKSPEKTASI ORANG AWAM TERHADAP HOSPITAL MESRA IBADAH

Jamalludin, Nur Azni Alifah (2017) CIRI-CIRI HOSPITAL MESRA IBADAH DAN EKSPEKTASI ORANG AWAM TERHADAP HOSPITAL MESRA IBADAH. Bachelor Degree thesis, University Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text (NUR AZNI ALIFAH BINTI JAMALLUDIN AP140260)
thesis 25 pages.pdf

Download (328kB) | Preview

Abstract

Hospital Mesra Ibadah (HMI) telah diperkenalkan pada tahun 2010 oleh Hospital Universiti Sains Malaysia dan dirasmikan oleh ketua pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr. Noorhisham Abdullah pada April 2014. Konsep hospital ini masih baru di perkenalkan di hospital kerajaan Malaysia. Tujuan kajian ini bagi menentukan tahap ciri-ciri hospital mesra ibadah dan untuk mengetahui ekspektasi orang awam terhadap konsep Hospital Mesra Ibadah yang sedang dijalankan di negara Malaysia. Penyelidikan telah dijalankan di sekitar Taman Universiti, Parit Raja. Responden kajian ini adalah orang awam yang pernah pergi ke hospital sama ada sebagai pesakit, penjaga pesakit atau pelawat. Pendekatan kuantitatif telah digunakan untuk mendapatkan data maklumat iaitu kaedah borang selidik. Hasil yang diperoleh daripada kajian ini ialah penentuan tahap ciri-ciri mesra ibadah berada pada tahap sederhana dan ekspektasi orang awam terhadap hospital mesra ibadah. Hal ini, bagi membantu pihak hospital untuk meningkatkan prestasi hospital dan dapat menambah baik konsep HMI seiring dengan kehendak pengguna iaitu orang awam.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: PSM Coordinator BPB
Date Deposited: 07 Mar 2018 09:43
Last Modified: 07 Mar 2018 09:43
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/361

Actions (login required)

View Item View Item