KESAN KUALITI PERKHIDMATAN TERHADAP KEPUASAN PELANGGAN DAN TAHAP POPULARITI ANTARA RESTORAN MAKANAN SEGERA DI BATU PAHAT, JOHOR, MALAYSIA.

NADZARUDIN, MOHD ISKANDAR (2017) KESAN KUALITI PERKHIDMATAN TERHADAP KEPUASAN PELANGGAN DAN TAHAP POPULARITI ANTARA RESTORAN MAKANAN SEGERA DI BATU PAHAT, JOHOR, MALAYSIA. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
PSM II 2017 25 page officially Iskandar Nadzarudin (AP140306) (1).pdf

Download (420kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengukur kesan kualiti perkhidmatan syarikat penyedia makanan segera bertaraf multinasioanal (MNC) iaitu Mcdonalds, Kentucky Fried Chicken (KFC), dan PizzaHut terhadap kepuasan pelanggan. Kajian ini juga dijalankan bagi mengkaji tahap populariti diantara restoran makanan segera berdasarkan kepuasan pelanggan untuk mengenalpasti perbezaan kualiti perkhidmatan antara restoran makanan segera serta untuk mengenalpasti faktor yang paling dominan yang mempengaruhi kepuasan pelanggan restoran makanan segera. Hal ini didapati kebanyakan terjadinya ketidakpuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang disediakan restoran makanan segera adalah disebabkan kurangnya kepekaan, keperihatinan, dan kecekapan. Objektif utama kajian iaitu hubungan kualiti perkhidmatan (pemilihan dan kualiti makanan, promosi dan harga, penjimatan masa, kemudahan dan persekitaran, pengurusan servis) yang mempengaruhi kepuasan pelanggan terhadap restoran makanan segera. Penyelidikan yang dijalankan adalah menggunakan kaedah kuantitatif iaitu edaran borang soal selidik yang dilakukan terhadap pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di Batu Pahat, Johor. Saiz Sampel dalam kajian yang dijalankan secara minimumnya dianggarkan adalah seramai 244 orang responden. Kepentingan dalam kajian yang dijalankan iaitu untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam kualiti perkhidmatan berdasarkan kepuasan pelanggan terhadap restoran makanan segera. Hasil kajian mendapati tahap populariti yang tertinggi dalam pemilihan restoran makanan segera iaitu di restoran Kentucy Fried Chicken (KFC) kerana berdasarkan ciri-ciri kualiti perkhidmatannya yang lebih tinggi berbanding restoran makanan segera yang lain. Hasil kajian juga menunjukkan faktor yang paling dominan dipilih oleh responden iaitu faktor pemilihan dan kualiti makanan berbanding faktor-faktor kualiti perkhidmatan yang lain.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: Mr. Te Chuan Lee
Date Deposited: 21 Feb 2018 16:54
Last Modified: 21 Feb 2018 16:54
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/378

Actions (login required)

View Item View Item