KAJIAN TERHADAP PENGURUSAN FASILITI PERPUSTAKAAN UNIVERSITI AWAM DI ZON SELATAN (UTHM & UTM)

Abdul Rahim, Nur E'zzati (2017) KAJIAN TERHADAP PENGURUSAN FASILITI PERPUSTAKAAN UNIVERSITI AWAM DI ZON SELATAN (UTHM & UTM). Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
NUR E'ZZATI BINTI ABDUL RAHIM (AP140222) 24 PAGES.pdf

Download (512kB) | Preview

Abstract

Penekanan terhadap pengurusan fasiliti juga perlu diberikan sepenuh perhatian. Ini kerana pengurusan fasiliti yang lemah menyebabkan sesebuah bangunan mengalami kemerosotan di segi fizikal dan fungsinya ke atas penghuninya. Aduan yang dibuat oleh para pelajar di IPTA terhadap fasiliti perpustakaan disebabkan pengurusan fasiliti di perpustakaan tidak diuruskan dengan baik dan mengganggu keselesaan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengurusan fasiliti dan tahap kepuasan pelajar terhadap fasiliti yang disediakan di Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM (PTTA) dan Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM (PSZ). Sasaran utama kajian adalah para pelajar yang menggunakan kemudahan perpustakaan di UTHM dan UTM. Bagi mencapai objektif pertama kaedah temubual akan dilakukan bersama pihak berkenaan dan objektif kedua pula soal selidik akan dilakukan bersama para pelajar. Data yang diperolehi daripada borang selidik tersebut telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) dan Microsoft Excel. Kajian ini menunjukkan bahawa pengurusan perpustakaan universiti awam di UTHM dan UTM telah menyediakan pelbagai jenis fasiliti untuk kemudahan para pelajar di universiti tersebut dan tahap kepuasan pelajar terhadap fasiliti-fasiliti yang disediakan adalah memuaskan di UTHM begitu juga memuaskan di UTM secara keseluruhannya. Namun begitu, terdapat juga dalam kalangan pelajar UTHM dan UTM menunjukkan tahap kepuasan yang rendah terhadap beberapa fasiliti.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: perpustakaan, tahap kepuasan, pengurusan fasiliti
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Real Estate Management
Date Deposited: 28 Feb 2018 09:40
Last Modified: 28 Feb 2018 09:40
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/397

Actions (login required)

View Item View Item