MENENTUKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN PERNIAGAAN (FPTP) TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN BAS PELAJAR DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Abdul Aziz, Nurul Afikah (2017) MENENTUKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN PERNIAGAAN (FPTP) TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN BAS PELAJAR DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM). Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text (Nurul Afikah Abdul Aziz AP140283)
psm afikah aziz.pdf

Download (376kB) | Preview

Abstract

Pengangkutan bas merupakan pengangkutan yang penting bagi pelajar universiti terutama bagi pelajar yang tidak mempunyai pengangkutan persendirian seperti kereta, motosikal atau basikal. Kualiti sesuatu perkhidmatan adalah amat penting bagi pengguna kerana ia akan menentukan persepsi dan kepuasan pengguna tersebut terhadap perkhidmatan yang diberikan. Antara kualiti perkhidmatan bas yang amat dititikberatkan oleh pengguna antaranya adalah keselamatan, keselesaan dan kebersihan, ketepatan masa dan kemudahan lain. Sejurus dengan itu, penyelidik telah menjalankan satu kajian bagi menentukan faktor yang tertinggi yang mempengaruhi persepsi pelajar terhadap kualiti perkhidmatan bas di UTHM dan menentukan hubungan di antara faktor-faktor tersebut dengan persepsi pelajar terhadap tahap kualiti perkhidmatan bas di UTHM. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan instrumen yang telah digunapakai bagi mendapatkan data adalah dengan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik telah diedarkan kepada responden yang terlibat iaitu pelajar-pelajar tahun satu Fakulti Pengurusan Teknologi & Perniagaan (FPTP) kerana mereka adalah pengguna yang majoriti yang menggunakan perkhidmatan bas di dalam kampus UTHM. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa faktor kemudahan lain dan faktor masa berada pada tahap kepuasan dan tahap kualiti yang paling rendah iaitu dengan nilai min 2.18 dan nilai korelasi 0.302. Oleh yang demikian, kedua-dua faktor ini perlu ditambahbaik oleh pihak yang berkenaan seperti pihak HEP dan pihak Pengurusan Pengangkutan Pelajar agar kualiti perkhidmatan bas akan lebih berkualiti.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: Mr. Te Chuan Lee
Date Deposited: 07 Mar 2018 09:48
Last Modified: 07 Mar 2018 09:48
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/399

Actions (login required)

View Item View Item