KAJIAN KEPENTINGAN PENYEDIAAN PERJANJIAN PENYEWAAN PERUMAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR UTHM

Ahmad Noh, Norafiqah and UNSPECIFIED (2017) KAJIAN KEPENTINGAN PENYEDIAAN PERJANJIAN PENYEWAAN PERUMAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR UTHM. Bachelor Degree thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
NORAFIQAH BINTI AHMAD NOH AP140218 (25 PAGE).pdf

Download (319kB) | Preview

Abstract

Isu-isu mengenai sewa merupakan isu utama yang sering dihadapi oleh tuan rumah. Penyewa rumah pula juga sering menghadapi masalah dalam proses penyewaan. Masalah-masalah tersebut merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh kedua-dua pihak dimana proses penyewaan diuruskan tanpa menggunakan medium yang betul. Justeru, penyediaan perjanjian penyewaan perumahan merupakan salah satu langkah penting dalam menjamin hak-hak dan tanggungjawab penyewa serta tuan rumah. Di dalam perjanjian penyewaan ini, ia mengandungi maklumat yang relevan mengenai pihak-pihak yang terlibat seperti tuan rumah dan penyewa, nama tuan rumah, nama penyewa, alamat rumah, dan tanggungjawab kedua-dua belah pihak serta perlu ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan didaftarkan di Lembaga Hasil di Dalam Negeri (LHDN). Berikutan masalah tersebut, kajian berkaitan kepentingan perjanjian penyewaan perumahan dijalankan dengan berpandukan kepada dua objektif utama. Objektif yang pertama bagi kajian ini ialah mengenalpasti trend penggunaan perjanjian penyewaan perumahan di kalangan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Objektif kedua pula ialah mengenalpasti perbezaan isi kandungan perjanjian penyewaan yang digunakan oleh pelajar UTHM berbanding perjanjian penyewaan perumahan standard. Data-data bagi kajian tersebut diperolehi daripada soal selidik yang diedarkan kepada pelajar-pelajar UTHM yang berada di tahun dua, tiga dan empat yang menyewa di sekitar UTHM. Selain itu, semakan dokumen turut dibuat bagi membandingkan perjanjian penyewaan perumahan yang dimiliki oleh pelajar dengan perjanjian penyewaan tersebut. Hasil kajian ini mendapati bahawa hampir kesemua pelajar yang menjawab soal selidik yang diedarkan tidak mempunyai perjanjian penyewaan ketika menyewa. Bagi segelintir pelajar yang mempunyai perjanjian ini pula, perjanjian yang ada tidak memenuhi kepeluan perjanjian standard sedia ada serta tidak didaftarkan di lembaga hasil. Oleh itu, dapat dilihat bahawa pelajar UTHM yang menyewa tidak menitikberatkan penggunaan perjanjian penyewaan perumahan dalam menjamin kepentingan bersama.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Uncontrolled Keywords: Tuan tanah dan penyewa, perjanjian penyewaan perumahan, sewa
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: PSM Coordinator BPD
Date Deposited: 28 Feb 2018 09:41
Last Modified: 28 Feb 2018 09:41
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/404

Actions (login required)

View Item View Item