MENGENALPASTI FAKTOR PENERIMAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT TERHADAP PRESTASI AKADEMIK PELAJAR UTHM

ABDUL RAHIM, NOR SHAHIRAH (2017) MENGENALPASTI FAKTOR PENERIMAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT TERHADAP PRESTASI AKADEMIK PELAJAR UTHM. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text (NOR SHAHIRAH BINTI ABDUL RAHIM AP140016)
FIRST 25 PAGES SHAHIRAH.pdf

Download (362kB) | Preview

Abstract

Teknologi maklumat amat penting dalam memastikan kemudahan dalam pembelajaran. Kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan faktor penerimaan teknologi maklumat dalam kalangan pelajar 3BPB dan mengenalpasti hubungan antara penerimaan teknologi maklumat dengan prestasi akademik. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah pelajar tahun 3BPB, Jabatan Pengeluaran dan Operasi, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kuantitatif dan borang soal selidik diedarkan kepada responden tersebut. Skala Likert digunakan dalam kajian ini untuk menentukan faktor penerimaan teknologi maklumat dalam kalangan pelajar 3BPB dan mengenalpasti hubungan antara penerimaan teknologi maklumat dengan prestasi akademik. Terdapat 94 data telah dikumpulkan daripada pelajar tersebut dan dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Berdasarkan analisis yang telah diperolehi, faktor penerimaan teknologi maklumat dapat ditentukan dan hubungan antara penerimaan teknologi maklumat dengan prestasi akademik dapat dikenalpasti. Faktor utama penerimaan teknologi maklumat adalah tanggapan mudah guna (min= 4.12) dan hubungan antara ketiga-tiga faktor tersebut dengan prestasi akademik adalah signifikan. Kekuatan hubungan yang paling tinggi adalah tanggapan mudah guna (r= 5.94). Katakunci: Teknologi Maklumat, Prestasi Akademik, Pelajar

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: Mr. Te Chuan Lee
Date Deposited: 07 Mar 2018 09:46
Last Modified: 07 Mar 2018 09:46
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/405

Actions (login required)

View Item View Item