KESAN KOMPETENSI JURULATIH TERHADAP NIAT UNTUK BERHENTI DALAM KALANGAN SUKARELAWAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM (APM)

MAHMUD, SYAMIMI (2017) KESAN KOMPETENSI JURULATIH TERHADAP NIAT UNTUK BERHENTI DALAM KALANGAN SUKARELAWAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM (APM). Other thesis, University Tun Hussien Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text (SYAMIMI BT MAHMUD AP140423)
Tesis 25 pages.pdf

Download (300kB) | Preview

Abstract

Kompetensi merupakan aspek yang penting untuk melahirkan anggota yang cekap dan mahir dalam menjalankan tugas sebagai seorang jurulatih. Adanya sifat kompeten dalam diri seorang anggota maka dapatlah negara mengatasi masalah kekurangan anggota yang profesional. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti kompetensi jurulatih yang mempengaruhi niat untuk berhenti dalam kalangan sukarelawan. Objektif kajian ini berkaitan dengan 1) tahap kompetensi jurulatih 2) tahap niat untuk berhenti dalam kalangan sukarelawan dan 3) hubungan di antara kompetensi jurulatih dengan niat untuk berhenti dalam kalangan sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM). Cara menganalisis data adalah. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui pengedaran borang soal selidik kepada 72 responden yang terdiri daripada sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Pulau Pinang. Hasil analisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk menunjukkan tahap kompetensi jurulatih APM yang tinggi menyebabkan niat untuk berhenti adalah pada tahap sederhana. Ini boleh disimpulkan bahawa kompetensi jurulatih dapat menghalang niat sukarelawan untuk berhenti kerana dibuktikan bahawa tahap kompetensi yang tinggi menyebabkan tahap niat berhenti adalah pada tahap sederhana. Kata kunci : Kompetensi, Jurulatih, Niat Untuk Berhenti

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: Mr. Te Chuan Lee
Date Deposited: 19 Feb 2018 17:17
Last Modified: 19 Feb 2018 17:17
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/407

Actions (login required)

View Item View Item