KAEDAH PENAMBAHBAIKAN MODEL BERATUR DI BANK SIMPANAN NASIONAL, PARIT RAJA

ABDULLAH, NUR LIYANA (2017) KAEDAH PENAMBAHBAIKAN MODEL BERATUR DI BANK SIMPANAN NASIONAL, PARIT RAJA. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text (NUR LIYANA BINTI ABDULLAH AP140377)
First 25 pages.pdf

Download (161kB) | Preview

Abstract

Bank Simpanan Malaysia (BSN) merupakan sebuah bank konvensional yang menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti simpanan wang, pengeluaran wang, pinjaman modal, pelaburan, pencen dan sebagainya. Kajian ini telah dijalankan di BSN Parit Raja yang terletak di Pekan Parit Raja. Isu ketidakpuasan hati pelanggan sering berlaku mengenai pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan di kaunter BSN Parit Raja yang menunggu lama. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pelanggan menunggu lama bagi mendapatkan perkhidmatan di BSN Parit Raja dan mencadangkan kaedah menunggu yang menjimatkan masa pelanggan berurusan di kaunter. Skop kajian ini adalah mengambil seramai 30 orang responden iaitu terdiri daripada pelanggan BSN, Parit Raja. Kajian ini terdapat dua metodologi yang digunakan iaitu soal selidik yang diedarkan kepada 30 orang responden dan pemerhatian oleh pengkaji di BSN, Parit Raja. Data soal selidik telah dikumpulkan dan dianalisis dan data daripada pemerhatian telah dianalisis menggunakan perisian simulasi ARENA. Hasil daripada kajian ini mendapati faktor pelanggan menunggu lama bagi mendapatkan perkhidmatan adalah bilangan kaunter yang tidak mencukupi. Cadangan hasil daripada simulasi ARENA juga membantu mengurangkan masa pelanggan menunggu di bank iaitu dengan menambahkan kaunter ekspres. Dapatan kajian ini dapat membantu meningkatkan mutu kualiti pengurusan BSN Parit Raja dan pelanggan dapat menjimatkan masa untuk berurusan di bank.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: Mr. Te Chuan Lee
Date Deposited: 05 Mar 2018 10:21
Last Modified: 05 Mar 2018 10:21
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/410

Actions (login required)

View Item View Item