FAKTOR DAN CIRI -CIRI PENENTU KE ARAH PEMILIHAN HOTEL PATUH SYARIAH DALAM KALANGAN ORANG BUKAN ISLAM

SIYUDE, NUR SYIFA (2017) FAKTOR DAN CIRI -CIRI PENENTU KE ARAH PEMILIHAN HOTEL PATUH SYARIAH DALAM KALANGAN ORANG BUKAN ISLAM. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text (NUR SYIFA BINTI SIYUDE AP140191)
FIRST 25 PAGE (THESIS).pdf

Download (257kB) | Preview

Abstract

ABSTRAK Hotel Patuh Syariah mempunyai ciri-ciri tersendiri yang menyebabkan hotel tersebut diterima oleh pelancong Islam mahupun bukan Islam dan dijangka mampu berpotensi untuk dimajukan dengan lebih baik sebagai salah satu produk pelancongan Islam. Jika kita dengar tentang hotel patuh syariah, sememangnya hotel ini tidak asing bagi orang Islam kerana keseluruhan konsep hotel patuh syariah ini berlandaskan agama Islam. Oleh itu, kita berfikiran bahawa hotel ini hanya mendapat tumpuan daripada orang Islam sahaja. Namun begitu,tanpa kita sedar sebenarnya terdapat segelintir orang bukan Islam turut tertarik dengan konsep hotel patuh syariah ini dan memilih untuk menginap di sana.Jadi, persoalannya disini kenapa orang bukan Islam ini memilih hotel patuh syariah?. Memandangkan masih belum ada kajian terhadap orang bukan Islam mengenai sejauh mana penerimaan mereka terhadap hotel patuh syariah, maka objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti pemilihan orang bukan Islam terhadap hotel patuh syariah Justeru itu, kajian ini telah dikendalikan di beberapa kawasan yang dikenali sebagai hotel patuh syariah. Seramai sepuluh orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan melaksanakan sesi soalan temu bual dengan responden. Hasil kajian menunjukkan terdapat pelbagai faktor penarik yang boleh dilaksanakan oleh hotel patuh syariah supaya mendapat sambutan yang baik daripada orang bukan Islam. Kata Kunci: Perhotelan, Islamik, Syariah, Konvensional

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
H Social Sciences > HX Socialism. Communism. Anarchism
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: PSM Coordinator BPB
Date Deposited: 07 Mar 2018 09:43
Last Modified: 07 Mar 2018 09:43
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/412

Actions (login required)

View Item View Item